Showing posts with label susunan kata. Show all posts
Showing posts with label susunan kata. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

Hujan di Kuala Lumpur


Awak tahu,
Saya tak pernah berhujan di altitud tinggi,
Atas bukit,
Di tingkat enam.

Angin laju bertiup kencang,
Sekencang fikiran yang melayang,
Melayang menghadam,
Menghadam, mengunyah ilmu.

Saya dengar bunyi angin itu bersiul,
Syiu, syiu, syiu.
Kuat.
Dan meggerunkan.

Saya lontarkan pandangan ke tingkap,
Bangunan yang dikejauhan ditelan putihnya hujan,
Dek keamatan butir-butir hujan yang tinggi,
Berdebunya air.

Suhu bilik makin menurun,
Menurun,
Menurun,
Dan menurun,
Namun belum lagi bisa membuatkan saya membeku.

Hujan di Kuala Lumpur,
Alirannya membawa kotor, sampah, daki,
Menuruni turunnya lembah,
Sembah ke kaki Bumi.

Guruh kilat,
Mewarnai langit hitam kelabu asap,
Memberi harapan,
Walau sekilas cuma.

Monday, August 29, 2011

Semoga berjumpa lagi Ramadhan, inshaAllah







Malam ini inshaAllah menjadi malam terakhir Ramadhan 1432H, malam ke-29.

Apa rasa?

Berbaur...

Sayu,
Sedih,
Rasa tak sempat,
Rasa rugi tak seize masa,
Rasa taknak Ramadhan ini berlalu.

Belum berpisah lagi sudah rindu...

Tulah,
Apa yang ada jarang disyukuri,
Bila dah takde baru ternanti-nanti.

Bak firman Allah dalam Surah Ibrahim, 14: 7



14:7

"...Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat"

Mengambil semangat ayat di atas, saya bersyukur kerana diberikan kesempatan kali ini, tahun ini untuk berpuasa, menekuni ibadat wajib dan menambah ibadat sunat. Dengan harapan, prestasi ini dapat dikekalkan dan dipertambahbaikan selari dengan peningkatan usia dan kematangan jiwa.

Ramadhan berlalu meninggalkan kita. Adakah Ramadhan kali ini masih sama dengan Ramadhan kita sewaktu dulu-dulu (dengan makna tiada perubahan, hanya sekadar menahan lapar dan dahaga)? Harap-harapnya, setiap tahun ada peningkatan ke arah kebaikan, inshaAllah.

**********************************************************************************

Antara doa perpisahan Ramadhan yang disedut dari sini.


Doa 1
Dari Jabir bin Abdillah ra dari Muhammad al Mustafa SAW: Beliau bersabda,“Siapa yang membaca doa ini di malam terakhir Ramadhan, ia akan mendapatkan salah satu dari dua kebaikan: menjumpai Ramadhan mendatang atau pengampunan dan rakhmat Allah.”
“Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirakhmati bukan yang hampa semata”
Doa 2
Ya Allah, dalam kitab yang Kau wahyukan (kepada Nabi Muhammad SAW), Engkau berfirman: “Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkannya Al Qur’an di dalamnya”. Tetapi sebentar lagi berlalu. Aku mohonkan padaMu dengan perantaraan WajahMu yang mulia, dengan perantaraan kalimat-kalimatMu yang sempurna, seandainya masih tersisa padaku dosa yang belum Kau ampuni, atau dosa yang (menyebabkan) aku disiksa karenanya (hingga) terbitnya fajar malam ini, atau hingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya, wahai Dzat Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.
Ya Allah, bagiMu segala pujian. Segala pujian yang telah Kau ucapkan untuk diriMu sendiri, segala pujian sungguh-sungguh yang diungkapkan hambaMu yang bijak dan senantiasa berzikir dan bersyukur kepadaMu. Merekalah orang-orang yang telah Kau bantu menunaikan hak-hakMu dari sebagian makhlukMu yang tersebar di alam ini, baik dari kalangan malaikat yang dekat denganMu ataupun nabi-nabi yang telah Engkau utus ataupun orang-orang yang berfikir ataupun dari kalangan mereka yang bertasbih kepadaMu.
Sungguh, Engkau telah mengantar kami ke bulan Ramadhan ini dan telah mengaruniai kami kenikmatan dan anugerah. Engkau telah menampakkan kemurahan dan pemberianMu. Karenanya, padaMu bermuara segala sanjungan yang abadi, kekal, dan menetap selamanya. Betapa agung sebutanMu.
Tuhanku, bantulah aku menjalani bulan Ramadhan sehingga Engkau sempurnakan puasa, shalat dan segala kebaikan, syukur dan dzikir kami di bulan ini. Oh Tuhanku, terimalah puasaku dengan sebaik-baiknya penerimaan, perkenanan, maaf, kemurahan, pengampunan, dan hakikat keridaanMu. Sehingga Kau memenangkan aku dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Kau curahkan di bulan ini. Selamatkanlah aku di dalamnya dari kekhawatiran terhadap bencana yang mengancam atau dosa yang berlangsung terus.
Duhai Tuhanku, aku bermohon padaMu dengan keagungan yang diminta hambaMu dari kemuliaan nama-nama dan keindahan pujianMu dan dari para pengharap yang istimewa. Sudilah Engkau mencurahkan rakhmatMu kepada Muhammad dan keluarganya. Dan agar Kau jadikan bulan ini seagung-agungnya Ramadhan, yang telah berlalu dari kami sejak Engkau turunkan ke dunia, sebagai berkah dalam menjaga agama, jiwa dan segala kebutuhanku. Juga berkatilah aku dalam semua persoalan, sempurnakanlah pemberian nikmatMu, palingkanlah aku dari keburukan dan hiasi aku dengan busana kesucian di bulan ini.
Demikian pula, dengan rakhmatMu golongkanlah aku ke dalam orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) malam al-Qadar. Malam yang telah Kau tetapkan lebih baik dari seribu bulan dalam keagungan ganjaran, kemuliaan perbendaharaan, keindahan syukur, panjang umur, dan kemudahannya yang berlanjut.
Oh Tuhanku, aku bermohon dengan perantaraan rakhmat, kebaikan, ampunan, karunia, keluhuran, kebaikan, dan pemberianMu. Janganlah Engkau jadikan Ramadhan ini sebagai kesempatan terakhirku. Sudilah Engkau mengantar aku hingga Ramadhan berikutnya dalam keadaan yang paling baik. Perlihatkan aku hilal Ramadhan berikutnya, bersama orang-orang yang melihat keleluasaan rakhmatMu. Dan limpahkanlah anugerahMu, wahai Tuhanku. Tiada ada Tuhan selain Allah.
Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan pula akhir pertemuanku. Sehingga aku dapat kembali bertemu pada tahun mendatang dalam keadaan penuh keluasan rezaki dan keutamaan harapan. Kini aku berada di hadapanMu dengan penuh kesetiaan. Sesungguhnya Engkay Maha Mendengar segala doa. Ya Allah, dengarkanlah pengaduanku ini. Perhatikanlah rintihan, kerendahan, kepapaan dan penyerahan diriku ini.
Aku berserah diri padaMu, Tuhanku. Aku tidak mengharapkan kemenangan, ampunan, kemuliaan, dan penyampaian (kepada cita-citaku) kecuali padaMu. Anugerahilah aku keagungan pujianMu, kesucian nama-namaMu, dan kesampaianku kepada Ramadhan berikutnya dalam keadaan terbebas dari semua keburukan, kekhawatiran dan ganjalan. Segala puji untukMu semata, yang telah membantu kami untuk menunaikan puasa dan mendirikan qiyamul lail di bulan Ramadhan ini, hingga malamnya yang terakhir.”
Temans, Seorang penyair Arab pernah mengingatkan dalam sya’irnya,
“Bukanlah hari raya Id itu bagi orang yang berbaju baru, melainkan hakekat Id itu bagi orang yang bertambah ta’atnya (kepada Allah swt.).”
Taqabbalallahu minna waminkum, wakullu ‘aamin wa antum bikhairin.
**********************************************************************************

Gelisah hati kerana berpisah,
Pujuk hati supaya pasrah,
Jangan hati, jangan susah,
Tumpukkan doa harapan pada Allah.

Untuk diri saya, semoga Ramadhan ini berjaya membentuk diri yang saya mahu sejajar dengan fitrah diciptakan Tuhan yang melalui jalan yang disediakan, inshaAllah.

Apa yang penting istiqamah!

Aja! Aja! Fighting!

Buat Shawal, selamat datang!

Semoga saya yang fitrized (difitrahkan) tetap hingga ke akhir hayat, inshaAllah.

p/s menunggu diri yang telah difitrahkan

Monday, July 11, 2011

Saya jatuh cinta

Saya rasa,
Saya dah jatuh cinta,
Iya dah jatuh cinta.

Dengan siapa?
Dengan kekasih hati saya.

Siapa ya?
Dia cahaya cinta saya,
Nabi Muhammad saw.

Mendengar namanya,
Membuatkan saya glowing,
Mendengar kisah hidupnya,
Membuatkan saya bertambah cinta.

Ampunkan aku kerana lambat progressnya,
Untuk mencintaimu.

Terima kasih,
Wahai kekasih,
Kerana bersusah payah,
Menerangi hidup kami yang kemudian.

Sangat sustainable!

p/s harap benar dapat berjumpa denganmu di Sana, inshaAllah

Monday, May 16, 2011

MakAyah, I love you so much

Saya rindu akan MakAyah saya,
Saya rindu akan mereka,
Walaupun mereka disisi saya,
Ya saya rindu mereka.

Saya rindu mereka,
Kerana mereka memberi saya syurga dunia berbayang akhirat,
Dan kerana itu,
Saya akan beri mereka syurga akhirat selepas syurga dunia, inshaAllah.

Bukan kata saya berkuasa,
Tetapi saya berusaha mendapatkan syurga akhirat,
Lebih kuat dari mereka mendapatkan syurga dunia,
Buat saya.

MakAyah,
Yang saya sayang sangat-sangat,
Ampunilah anakmu ini,
Sekiranya ada tutur bicara, gerak-geri yang melukakanmu.

Kerana saya tahu,
Saya tak mampu cium bau syurga tanpa kalian...

Saturday, April 30, 2011

Masa itu

Nanti saya akan rindu,
Pada waktu itu,
Nanti saya akan mahu,
Kembali ke waktu itu,

Maka di saat saya melalui waktu itu,
Manfaatkan ia,
Kerana saya tidak mahu,
Menantikan waktu yang tak kunjung tiba.

Wednesday, April 13, 2011

Tanah gegar

Kau tahu kenapa aku marah?
Aku patutnya tak boleh marah.
Sebab Nabi kata, jangan marah, tiga kali.
Hem, tiga kali.

Kau tau aku ni jenis tanah.
Biasanya tanah ni stabil.
Cool gitu.
Tapi tu tanah dulu.
Sekarang ni dah gempa.
Gempa kat tanah sebab kau buat ujian nuclear kat aku; tanah.
Ada lompong.
Maka tanah itu gegar dan runtuh.
Maka aku bukan lagi tanah yang stabil, kau tahu.
Kadang-kadang kau saje trigger aku.
Tapi pokok pangkal dari aku.
Aku yang gagal mengekang gegaran dan keruntuhan itu.
Aku…aku…aku.
Maka jangan ganggu aku lagi.
Tolonglah, for the sake of us.
Aku tak suka, kau tahu.
Rasa unpleasant ini.
Musibah aku kira.
Hye…

Saturday, April 9, 2011

Pelajaran: gantung harapan

Hari ini,
Aku belajar,
Menggantung harapan,
Hanya pada Allah Tuhan dunia akhirat.

Dalam pelajaran itu,
Aku dikehendaki mengingatiNya,
Setiap masa,
Setiap tempat.

Dalam pelajaran itu juga,
Aku dikehendaki mendahului hakNya,
Kerana yang lain,
Akan fall into its place.

Dalam pelajaran itu,
Aku dikehendaki menghargai apa yang aku ada (Dan setiap yang ada pada kamu adalah (anugerah) dari Tuhan; 16:53),
Kerana apa yang diberi itu,
Diberi bersama hati.

*********************

Ini bermakna,
Jika hati itu satu,
Ia terpaksa dibahagi dua,
Yang tinggal pada dia,
Hanyalah separuh.

Hati yang diterima,
Perlu dijaga,
Dibelai bagai nyawa,
Tidak boleh dipijak-pijak,
Tidak boleh ditoreh, diluka.

Walaupun ada kalinya ia tergeser,
Pedih ketika diubati,
Kerana untuk hati itu sihat dan berkembang,
Mengambil masa yang lama.

Hati pinjaman ini,
Akanku bawa jauh ke dunia sana,
Lalu ditimbangtara.

Terima kasih pemberi hati,
Doaku hingga bawa ke syurga.

1315 N3 041210

Nota buat the other half

Kerana ada satu perkara yang aku simpan,
Untuk aku ceritakan kepadamu,
Wahai lelaki yang menjadi suamiku.

Aku harap kita sudah bersedia,
Untuk menempuh jalan yang tidak pasti dihadapan,
Bersama dengan kualiti yang kita ada dan terus dipupuk.

Semoga kebersamaan kita ini,
Merintis jalan ke syurga abadi,
Dengan Rahmat dan limpah kasih sayang Tuhan.

Semoga engkau menjadi peneman,
Cerminan buat diriku yang aku yakin,
Kau pun menuju ke arah sesuatu yang baik.

Thursday, April 7, 2011

pike pike

Bangun je pikir pasal mende tu,
Bangun je pikir pasal mende tu,
Boleh tak pikir pasal Tuhan je?
Bangun je ingat Allah,
Bangun je ingat Allah.

Bangun je pikir apa nak buat karang,
Adeh kerja banyak tak siap,
Ni kang kena edit paper,
Pehtu kena follow up tu.

Wei!!! Kalau nak pikir mende yang dah lepas, maknanya ko dah mati. Tau, mati. Orang hidup je pikir mende apa nak buat lepas ni. Orang mati pikir apa yang dia dah buat, yang dah lepas. Tapi ada ketikanya kita pikir, apa aku dah buat. Masa tu, masa ko rasa bersalah, ada buat salah, memang salah lah. HAHAHa.

Maka, bersyukurlah masih hidup lagi. Ada juga mende yang nak dipikir dan dibuat. Kan nikmat tu?

Kesimpulannya, orang hidup pikir yang akan datang dan orang mati pikir yang dah lepas. Tapi kalau ko banyak sangat pikir pasal yang lepas, maknanya? HAHAHAH.

Okaylah, okaylah, tak salah pun pikir pasal yang lepas. Apa yang perlu diambil adalah iktibarnya. Cakap senang ya? HAHAHAHA.

Maka pesanan saya kepada diri saya sendiri: "Tau takpe"

Friday, April 1, 2011

diversity tanda istighna' Tuhan

browsing my aunt's umrah pix, as usual, mesti ada 1 or 2 gamabr yang kita akan bergambar dengan orang asing. nak buat camtu kat Malaysia? kompem tak penah buat. kalau ko nak buat pun, orang tu mesti pandang senget kan? hahaha. funny isn't it?

I just love the diversity
I just love being different
I just love being that way
And that's define us

Maha Suci Engkau Ya Allah ^_^

How I wish to remember You
Every second temporal
Every place spatial

bila ko g outside your country, yang tak paham bahasa ko dan ko pun tak paham bahasa dia, the only language is body/gesture language. Subhanallah! ko tau, ayam cakap ngan itik? that time, you wish this people get your message masa ko berborak tuh. but hey, memang Tuhan kasi paham, kalau tak banyak, sikit. fascinate. hye, memang aku fascinate ngan mende gini. haha. you're not? zokey

Monday, March 28, 2011

cerita hari ini untuk esok

hari ni saya rasa macam tak produktif. yelah, rasa sebal. tau sebal? badan lesu. pala berat. hati tak tenang. rupanya, penting untuk mencapai state hati tenang. nak tido, dah tak larat. paper ni, 30 ni dateline. kena buat juga. adeh...

tulah, banyak sangat doser. itu sebab Tuhan cabut rasa tenang kat ko. understand? Ampunilah aku ya Allah. asyik ber'adeh' aje. kalau dah buat doser tu rajin2 la beristighfar dan buat solat taubat. taubat nasuha tau. repent tau? kok la baru paham. hem...

bosan pun bosan. sok punya jadual lagi pack. pagi kelas 8-10. petang 2-4 talk. petang 5-7 kuliah. malam 8.30-11.3 kelas. tu belum campur dengan waktu preparation. yelah ko nak mengeluh apa, tulang 4 kerat Tuhan kasi, tenaga TUhan kasi, tinggal ko buat je. hyelah2. tukan ibadat. buat dgn ikhlas beb baru tak rugi. efisien dan efektif. td aku dah buat keje yang tak efektif. patutnye aku bawak kakak makan kat hala ke giant, so that blh beli lauk sekali. ni nak kena marah dengan ayah aku pasal management ni. adoi,,,ampun makayah.

jadi serba tak kena. maka, aku doa supaya TUhan ampunkan aku. suffer weh. doser adalah burden. i dont wanna carry the burden all my life. ampunkan aku Allah. show me the way. aku janji tanak buat dah. hukhukhuk. keep your promise ye. bukan janji manis mu.

apa kata dari ko mencurah perasaang kat blog ni, baik ko edit paper yang datelinenya 30 ni. hehe hyelah, for at least lega sikit ati. hyeke? setan je tu. udah2.

Saturday, March 5, 2011

Sekotak Cinta


Sekotak cinta yang Kau beri,
Untuk aku beri pada orang yang Kau izin.

Sekotak cinta itu cukup, 
Bahkan lebih untuk diberi.

Sekotak cinta itu jangan sampai kau lupa,
Untuk memberi pada dirimu.

Sekotak cinta adalah hadiah dari Tuhanmu,
Sekotak cinta yang hadir dengan Rahman dan Rahim Dia.

Sekotak cinta...

Tuesday, March 1, 2011

Lelaki idaman saya ^_^ adalah reflection diri saya, inshaAllah

Ni saya ambil dari orang.

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada ALLAH
Yang jiwanya penuh penghayatan kepada ALLAH

Yang sentiasa halus dengan ilmu
Yang sentiasa dahagakan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan ALLAH

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dalam keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam 
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah 
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga nafsunya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh dengan kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati 
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tak terpesong dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya dan dia ingin bawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya



Makanya, kalau nak dapat yang atas tu, kita pom kena lah jadi gitu. al-taibun li al-taibat, inshaAllah. nasihat untuk saya kikiki

Thursday, February 24, 2011

God and His bountiful bless

Dear God,
When I hear bird chirping,
The truth is I hear You.

When I see green meadows,
The fact is I see You.

When I gaze my reflection,
I gaze You, actually.

Oh God,
Don't let me go astray,
Show me the Straight Path.

Wednesday, February 9, 2011

Dia

Saya selalu percaya,
Bahawa Tuhan membantu saya,
Di setiap sendi kehidupan saya,
Begitu timely.

Saya mempercayainya,
Saya tahu ia benar,
Saya percaya bermakna,
Saya beriman denganNya.

Saya tak lupa doa,
Agar diberikan segala yang baik,
Dan semoga saya bersama Dia sentiasa.

Dan semoga Dia bersama saya sentiasa,
Mengatur, melorong dan memutus segala keputusan saya.

Dia yang saya sayang,
Allah, hidup matiku.

mencari bahagia

Kalau bahagia yang kau cari,
Bahagia yang kau dapat.

Tapi dalam pencarian bahagia,
Akan kau lalui onak duri,
Yang kau panggil pengalaman,
Yang membentuk kau,
Supaya kau dapat melihat bahagia

aku dan hidayah

Kekasih Agungku,
Maafkan aku.

Aku sering meminta hidayah dariMu,
Dan kerana sifat PemurahMu,
Aku dilimpahi hidayah.

Tapi aku bimbang,
Aku tak bersedia untuk menyambut hidayahMu,
Maka aku perlu tambah dua lagi doa.

Ya Allah,
Berikan aku kekuatan dan kesediaan untuk menerima hidayahMu.

Hidayah Tuhan bagai hujan,
Kita sebagai container,
Kita yang perlu mengejar hidayah,
Bukan berdiam diri.

Kucing


Siapa kucing?
Kucing ialah makhluk berbulu halus, lebat, penuh satu badan.

Kucing ada telinga besar,
Yang kadang-kadang kita selalu cakap kepadanya,
Telinga je besar tapi tak dengar,
Dan diakhiri dengan gelak he he, he he,
Bukan kucing gelak, tapi kita gelak,
Hakikatnya kucing dengar tapi tak respon je.

Kucing ni peneman,
Dia macam faham-faham aje,
Kucing tunggu dibelai,
Kalau tak sempat,
Kaki kita digesel-gesel.

Kucing makhluk Allah,
Rezeki kita,
Boleh guna sebagai terapi,

Kucing, baik betina ke jantan,
Semuanya ada misai.

Orang cakap kat dia,
Dia menjawab pulak, ye comel comel,
Bila orang tulis ni,
Dia tengok pen yang bergerak tu,
Tengok dengan pandangan terbalik,
Comel

kucing demuk

Friday, January 14, 2011

Wednesday, January 12, 2011

Menunggu diri berubah


Menunggu diri berubah,
Bukan seperti menunggu orang berubah.

Kerana kita perlu belajar,
Meletakkan salah pada diri.

Kerana kebiasaan,
Meletak salah pada orang.

110111 1145 N3