Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, August 29, 2011

Semoga berjumpa lagi Ramadhan, inshaAllah







Malam ini inshaAllah menjadi malam terakhir Ramadhan 1432H, malam ke-29.

Apa rasa?

Berbaur...

Sayu,
Sedih,
Rasa tak sempat,
Rasa rugi tak seize masa,
Rasa taknak Ramadhan ini berlalu.

Belum berpisah lagi sudah rindu...

Tulah,
Apa yang ada jarang disyukuri,
Bila dah takde baru ternanti-nanti.

Bak firman Allah dalam Surah Ibrahim, 14: 7



14:7

"...Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat"

Mengambil semangat ayat di atas, saya bersyukur kerana diberikan kesempatan kali ini, tahun ini untuk berpuasa, menekuni ibadat wajib dan menambah ibadat sunat. Dengan harapan, prestasi ini dapat dikekalkan dan dipertambahbaikan selari dengan peningkatan usia dan kematangan jiwa.

Ramadhan berlalu meninggalkan kita. Adakah Ramadhan kali ini masih sama dengan Ramadhan kita sewaktu dulu-dulu (dengan makna tiada perubahan, hanya sekadar menahan lapar dan dahaga)? Harap-harapnya, setiap tahun ada peningkatan ke arah kebaikan, inshaAllah.

**********************************************************************************

Antara doa perpisahan Ramadhan yang disedut dari sini.


Doa 1
Dari Jabir bin Abdillah ra dari Muhammad al Mustafa SAW: Beliau bersabda,“Siapa yang membaca doa ini di malam terakhir Ramadhan, ia akan mendapatkan salah satu dari dua kebaikan: menjumpai Ramadhan mendatang atau pengampunan dan rakhmat Allah.”
“Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirakhmati bukan yang hampa semata”
Doa 2
Ya Allah, dalam kitab yang Kau wahyukan (kepada Nabi Muhammad SAW), Engkau berfirman: “Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkannya Al Qur’an di dalamnya”. Tetapi sebentar lagi berlalu. Aku mohonkan padaMu dengan perantaraan WajahMu yang mulia, dengan perantaraan kalimat-kalimatMu yang sempurna, seandainya masih tersisa padaku dosa yang belum Kau ampuni, atau dosa yang (menyebabkan) aku disiksa karenanya (hingga) terbitnya fajar malam ini, atau hingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya, wahai Dzat Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.
Ya Allah, bagiMu segala pujian. Segala pujian yang telah Kau ucapkan untuk diriMu sendiri, segala pujian sungguh-sungguh yang diungkapkan hambaMu yang bijak dan senantiasa berzikir dan bersyukur kepadaMu. Merekalah orang-orang yang telah Kau bantu menunaikan hak-hakMu dari sebagian makhlukMu yang tersebar di alam ini, baik dari kalangan malaikat yang dekat denganMu ataupun nabi-nabi yang telah Engkau utus ataupun orang-orang yang berfikir ataupun dari kalangan mereka yang bertasbih kepadaMu.
Sungguh, Engkau telah mengantar kami ke bulan Ramadhan ini dan telah mengaruniai kami kenikmatan dan anugerah. Engkau telah menampakkan kemurahan dan pemberianMu. Karenanya, padaMu bermuara segala sanjungan yang abadi, kekal, dan menetap selamanya. Betapa agung sebutanMu.
Tuhanku, bantulah aku menjalani bulan Ramadhan sehingga Engkau sempurnakan puasa, shalat dan segala kebaikan, syukur dan dzikir kami di bulan ini. Oh Tuhanku, terimalah puasaku dengan sebaik-baiknya penerimaan, perkenanan, maaf, kemurahan, pengampunan, dan hakikat keridaanMu. Sehingga Kau memenangkan aku dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Kau curahkan di bulan ini. Selamatkanlah aku di dalamnya dari kekhawatiran terhadap bencana yang mengancam atau dosa yang berlangsung terus.
Duhai Tuhanku, aku bermohon padaMu dengan keagungan yang diminta hambaMu dari kemuliaan nama-nama dan keindahan pujianMu dan dari para pengharap yang istimewa. Sudilah Engkau mencurahkan rakhmatMu kepada Muhammad dan keluarganya. Dan agar Kau jadikan bulan ini seagung-agungnya Ramadhan, yang telah berlalu dari kami sejak Engkau turunkan ke dunia, sebagai berkah dalam menjaga agama, jiwa dan segala kebutuhanku. Juga berkatilah aku dalam semua persoalan, sempurnakanlah pemberian nikmatMu, palingkanlah aku dari keburukan dan hiasi aku dengan busana kesucian di bulan ini.
Demikian pula, dengan rakhmatMu golongkanlah aku ke dalam orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) malam al-Qadar. Malam yang telah Kau tetapkan lebih baik dari seribu bulan dalam keagungan ganjaran, kemuliaan perbendaharaan, keindahan syukur, panjang umur, dan kemudahannya yang berlanjut.
Oh Tuhanku, aku bermohon dengan perantaraan rakhmat, kebaikan, ampunan, karunia, keluhuran, kebaikan, dan pemberianMu. Janganlah Engkau jadikan Ramadhan ini sebagai kesempatan terakhirku. Sudilah Engkau mengantar aku hingga Ramadhan berikutnya dalam keadaan yang paling baik. Perlihatkan aku hilal Ramadhan berikutnya, bersama orang-orang yang melihat keleluasaan rakhmatMu. Dan limpahkanlah anugerahMu, wahai Tuhanku. Tiada ada Tuhan selain Allah.
Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan pula akhir pertemuanku. Sehingga aku dapat kembali bertemu pada tahun mendatang dalam keadaan penuh keluasan rezaki dan keutamaan harapan. Kini aku berada di hadapanMu dengan penuh kesetiaan. Sesungguhnya Engkay Maha Mendengar segala doa. Ya Allah, dengarkanlah pengaduanku ini. Perhatikanlah rintihan, kerendahan, kepapaan dan penyerahan diriku ini.
Aku berserah diri padaMu, Tuhanku. Aku tidak mengharapkan kemenangan, ampunan, kemuliaan, dan penyampaian (kepada cita-citaku) kecuali padaMu. Anugerahilah aku keagungan pujianMu, kesucian nama-namaMu, dan kesampaianku kepada Ramadhan berikutnya dalam keadaan terbebas dari semua keburukan, kekhawatiran dan ganjalan. Segala puji untukMu semata, yang telah membantu kami untuk menunaikan puasa dan mendirikan qiyamul lail di bulan Ramadhan ini, hingga malamnya yang terakhir.”
Temans, Seorang penyair Arab pernah mengingatkan dalam sya’irnya,
“Bukanlah hari raya Id itu bagi orang yang berbaju baru, melainkan hakekat Id itu bagi orang yang bertambah ta’atnya (kepada Allah swt.).”
Taqabbalallahu minna waminkum, wakullu ‘aamin wa antum bikhairin.
**********************************************************************************

Gelisah hati kerana berpisah,
Pujuk hati supaya pasrah,
Jangan hati, jangan susah,
Tumpukkan doa harapan pada Allah.

Untuk diri saya, semoga Ramadhan ini berjaya membentuk diri yang saya mahu sejajar dengan fitrah diciptakan Tuhan yang melalui jalan yang disediakan, inshaAllah.

Apa yang penting istiqamah!

Aja! Aja! Fighting!

Buat Shawal, selamat datang!

Semoga saya yang fitrized (difitrahkan) tetap hingga ke akhir hayat, inshaAllah.

p/s menunggu diri yang telah difitrahkan

Sunday, August 21, 2011

10 malam terakhir Ramadhan



Hari dah 21 Ramadhan 1432H. Kejap je masa berlalu. Memang dah akhir zaman. Dah tu nape awak tak sedar-sedar lagi. Take action la weh!

Semalam Mak pesan bangun. Alhamdulillah. ‎"Berdoalah ia dengan berkata: 'Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap 
bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Surah Al-Ahqaaf ayat 15). 

Siap telefon lagi. Bangun lah, ko tu pun bukan muda sangat. Tah sempat jumpa Ramadhan depan ke tidak. Sayu lak. Rasa cam tanak raya je. Siyes we!. Sepanjang tahun Ramadhan pun aku suka. Berkat.

Baju raya tahun ni? Aku tak beli sebab elok lagi bebaju (nampak jamak tu). Cuma meneman orang beli baju je. Ramadhan je kerja half day. Bagi tak rugi masa, sambil-sambil jalan tu, ko zikir-zikir la apa yang patut. Berdoa pun boleh. Easy weh!

Nak iktikaf kat masjid boleh tapi tak seswei. Maka buat jelah ibadat kat umah. Hari ni aku baguz sikit, alhamdulillah, sebab sembahyang terawih awal. Selalu tu kul 10 baru nak start. Dah la buat lapan je. Cuba la rajin-rajin sikit. Macamana nak jumpa lailatul qadar ni. 

Saya rindu kat Ramadhan. Sungguh ni...

Teringat pulak post kawan kat FB yang menganalogikan Ramadhan ini sebagai tetamu kita tapi pada masa yang sama kita duk la mengalu-alukan tetamu lain (raya; dengan lagu raya, persiapan raya) sedangkan masa Ramadhan nak tiba, hapah mende pun kita tak sedia. Kecik ati Ramadhan. 

Peringatan lain, kita ni beribadat kerana Ramadhan ke kerana Allah?

Bagus untuk dibaca ini.


Tuesday, August 16, 2011

Al-Quran di Turunkan di Malam Nuzul al-Quran

Disalin dan ditampal dari Ustaz Abu Basyer


Al-Quran di Turunkan di Malam Nuzul al-Quran

by Abu Basyer on Tuesday, 16 August 2011 at 18:01
أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat dirahmati Allah,
Alhamdulillah, kita telah berpuasa 16 hari, pada malam ini sampailah saatnya pada malam 17 Ramadan, tarikh ini dipanggil Nuzul al-Quran iaitu masa al-Quran diturunkan kepada Junjungan Besar Rasulullah SAW.

Kita sedang berada dipenghujung fasa kedua iaitu pengampunan dari Allah SWT. dan akan memasuki fasa terakhir iaitu pembebasan dari api neraka.

Marilah kita bermuhasabah dan memerhatikan kualiti ibadah puasa yang kita laksanakan dan amalan ibadah-ibadah yang lain. Adakah ibadah puasa yang dilakukan pada zahir dan batin iaitu puasa dalam erti sebenarnya?. Sekiranya kita dapat menjaganya dan mengawal hati, nafsu dan keinginan lahiriah maka kita telah berjaya meningkatkan kualiti ibadah puasa iaitu puasa darisegi zahir dan batin.

Puasa pada hati iaitu menghidupkan hati dengan zikrullah, mengingati Allah, meningkatkan iman, takwa, tawakkal, tawaduk, sabar dan membuangkan sifat-sifat mazmumah (sifat –sifat yang dikeji seperti hasad dengki, iri hati, sombong , takbur dan buruk sangka).

Puasa pada nafsu tidak makan dan minum disiang hari dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan tidak makan dan minum berlebihan ketika berbuka. Kontrol nafsu makan dan tidak melakukan pembaziran.

Puasa pada pancaindera iaitu menjaga mulut, mata, telinga dan anggota lain supaya tidak melakukan sesuatu yang ditegah oleh syarak.

Darisegi ibadah yang lain pula berjalan dan berterusan secara konsistan iaitu solat tarawih 20 rekaat, solat witir 3 rekaat, solat duha, solat tahajjud, solat taubat,solat hajat, membaca al-Quran, mendengar tazkirah Ramadan, sedekah , bermunajat, berdoa dan berzikir . Tidak ada ruang langsung untuk membuang masa yang sia-sia.

Sekiranya apa yang dinyatakan diatas terdapat didalam puasa kita dan perlaksanaan ibadah-ibadah yang lain, memenuhi ciri-ciri tersebut insya Allah kita mempunyai puasa yang berkualiti seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Peristiwa Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Untuk pengetahuan kalian pada awalnya Allah SWT menempatkan keseluruhan Al-Quran di Luh Mahfuz, iaitu satu tempat yang amat mulia dan suci. Ketika ini, Allah SWT  sejak awal lagi menunjukkan kemutlakan kebijaksanaan-Nya dengan menentukan segala apa yang tercatat disitu akan benar-benar berlaku. Keyakinan akan kemuliaan al-Quran di Luh Mahfuz dinyatakan begitu jelas sekali dalam firmanNya yang bermaksud :
"Bahkan (yang didustakan itu) ialah al-Quran yang mulia, yang (tersimpan) dalam (tempat) yang terjaga (Luh Mahfuz)" (Surah al-Buruj ayat 21-22)

Langkah kedua ialah, ia diturunkan secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul
Izzah yang terletak di langit dunia pada malam yang penuh dengan kemuliaan, iaitu Malam Kemuliaan (lailatul qadr) di bulan Ramadan. Hal ini tercatat dalam firmanNya yang bermaksud : " Bulan Ramadan  adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu, dan pembeza (antara yang benar dan yang batil).." (Surah al-Baqarah ayat 185)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Sesungguhnya, Kami telah menurunkannya (al-Quran)  pada malam kemulian (lailatul qadr). Tahukah kamu apakah itu malam kemuliaan (lailatul qadr) itu?.  Malam kemuliaan itu (lailatul qadar)   lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahtera (malam itu) sampai terbit fajar." (Surah al-Qadr ayat 1-5)

Kemudian al-Quran itu diturunkan beransur-ansur kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril. Peristiwa itu bermula dengan menjelmanya Malaikat Jibril dihadapan Rasulullah SAW di Gua Hira’, tepatnya ketika baginda berusia 40 tahun.

Ibnu Abbas menyatakan: "Al-Quran itu diturunkan pada malam kemuliaan (lailatul qadr) dalam  bulan Ramadan ke langit dunia secara sekaligus, kemudian diturunkan secara beransur-ansur."

Lailatul qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Lailatul qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain .

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah  SAW ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam kemuliaan (lailatul qadr ) pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Sahabat yang dikasihi,
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada kalian semua beberapa panduan iaitu :

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran.

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan pena dan tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; "Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan." Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadan, kita akan berpeluang mendapat malam al-qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Marilah sama-sama kita menghayati di malam nuzul al-Quran ini dengan azam menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita, membacanya, memahami maknanya dan menghayati maksud yang terkandung di dalamnya . Semata-mata mencari keredaan Allah SWT dan mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Tuesday, August 2, 2011

Resolusi Ramadhan 1432H/2011



     
 1.   Tak tinggal solat wajib
2.       Istiqamah dengan solat sunat
3.       Khatam al-Qur'ān 30 juzuk plus baca terjemahan (dan tafakkur) plus plus baca tafsir
4.       Bangun tahajjud
5.       Sentiasa bahagia - boleh tak awak senyum je dalam apa-apa keadaan?
6.       Kurangkan gelak - yang melaghakan
7.       Kurangkan tidur
8.       Kurangkan makan
9.       Meneruskan amalan puasa – min 3 hari/bulan
10.   Meneruskan solat malam
11.   Banyakkan zikir
12.   Jaga akhlak – jaga tutur kata – berfikir sebelum buat dan berkata-kata
13.   Selawat banyak2
14.   Berdisiplin dengan jadual yang dibuat
15.   Menjaga masa
16.   Menjaga solat dan waktunya
17.   Bersangka baik
18.   Bersenam – jaga kesihatan (Islam memerlukan umat yang sihat dan kuat)
19.   Tak tinggal terawih
20.   Istiqamah dengan perkara baik

Above all biiznillah