Kekasih Agungku,
Maafkan aku.
Aku sering meminta hidayah dariMu,
Dan kerana sifat PemurahMu,
Aku dilimpahi hidayah.
Tapi aku bimbang,
Aku tak bersedia untuk menyambut hidayahMu,
Maka aku perlu tambah dua lagi doa.
Ya Allah,
Berikan aku kekuatan dan kesediaan untuk menerima hidayahMu.
Hidayah Tuhan bagai hujan,
Kita sebagai container,
Kita yang perlu mengejar hidayah,
Bukan berdiam diri.
No comments:
Post a Comment