Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

Antara tanda pilihanraya sudah hampir


Saya rasa bahang pilihanraya makin hampir.
Betul, kenapa tak percaya?
Percayalah.
Sudah 54 tahun kita...tidak valid lagi
Dan sudah 48 tahun kita berhari Malaysia.

Antara tanda-tandanya:

Kalau berita-berita dari Borneo itu makin kerap,
Baik dari segi berita kemajuan, kebudayaan, makanan dan sebagainya.
Tak salah,
Cuma kalau ikut kajian behavioral,
Dapat diduga apa disebalik batu.

Menteri-menteri akan turun padang,
Banyak guni janji-janji siap ditabur,
Pemacakkan 'Satu lagi projek kerajaan',
Gesaan mengundi dengan kekerapan agak tinggi dari biasa.

Wayang-wayang drastik ala tamil,
6% dan sebagainya.

Itu adalah sebahagian sahaja.

Friday, July 22, 2011

Utara-Timur Tour June 2011

Peta ini dijana oleh www.travellerspoint.com 

Untuk tahun ini (2011), saya diberi rezeki untuk berjalan menikmati alam ciptaan Allah. Itu pun masih leka. Fa bi ayyi ala i rabbi kuma tukadhdhiban (al-Rahman, 55: 13). Ampunkan aku Tuhan.

Untuk bulan Jun sahaja sudah lima buah tempat saya singgah. Awal Jun, Melaka, balik hari. Break seminggu. Kemudian,  Parit Buntar (1 malam), Batu Ferringhi (2 malam), Kota Bharu (3 malam), Kuala Lipis (1 malam) dan last stop untuk tour ini, Shah Alam yang mengambil masa 8 hari/7 malam. Julai pula sekali lagi ke Pulau Pinang. Semuanya atas urusan kerja (eceh...)

Berjalan memang seronok tapi ada rasa sakit sikit kalau tiada geran (dengan status saya sekarang ini). Alhamdulillah, punyai MakAyah yang sangat supportive dari segi moral dan kewangan. Juga supervisor yang sudi membantu sedikit sebanyak. Tak lupa teman seperjuangan saya, La O'Ashley yang memberi sumbangan kompleks kepada saya (rasa macam berucap pula). Terima kasih diucapkan.

Saya ingat kalau rajin nak review tempat, hotel, cuaca yang dilawati. Bila tu? Akan diusahakan.