Saturday, April 9, 2011

Pelajaran: gantung harapan

Hari ini,
Aku belajar,
Menggantung harapan,
Hanya pada Allah Tuhan dunia akhirat.

Dalam pelajaran itu,
Aku dikehendaki mengingatiNya,
Setiap masa,
Setiap tempat.

Dalam pelajaran itu juga,
Aku dikehendaki mendahului hakNya,
Kerana yang lain,
Akan fall into its place.

Dalam pelajaran itu,
Aku dikehendaki menghargai apa yang aku ada (Dan setiap yang ada pada kamu adalah (anugerah) dari Tuhan; 16:53),
Kerana apa yang diberi itu,
Diberi bersama hati.

*********************

Ini bermakna,
Jika hati itu satu,
Ia terpaksa dibahagi dua,
Yang tinggal pada dia,
Hanyalah separuh.

Hati yang diterima,
Perlu dijaga,
Dibelai bagai nyawa,
Tidak boleh dipijak-pijak,
Tidak boleh ditoreh, diluka.

Walaupun ada kalinya ia tergeser,
Pedih ketika diubati,
Kerana untuk hati itu sihat dan berkembang,
Mengambil masa yang lama.

Hati pinjaman ini,
Akanku bawa jauh ke dunia sana,
Lalu ditimbangtara.

Terima kasih pemberi hati,
Doaku hingga bawa ke syurga.

1315 N3 041210

No comments:

Post a Comment