Tuesday, September 27, 2011

Tak jemu dari Law Kana Baynana

Rancangan Law Kana Baynana boleh ditonton di Malaysia di TV al-Hijrah pada hari Ahad malam Isnin (Sunday night) pukul 9 malam waktu semenanjung Malaysia (setakat hari ini). Untuk yang guna ASTRO, channel 114. Kalau tiada ASTRO, boleh tune sendiri sampai dapat hahaha. Setakat ini hari saya amat-amat berpuas hati dengan rancangan keagamaan yang dibawakan oleh TV al-Hijrah ini. Terutama rancangan Reflection (masa Syeikh Suhaib Webb) aku tertengok masa lepas sahur Ramadhan baru ni.

Apa matlamat rancangan ni sebenarnya? Memupuk cinta dan sayang kepada Rasulullah saw dalam penyampaian ilmu (hadith) bentuk ala candid dan spontan. Selain itu, ulasan buku-buku yang berkaitan dengan Nabi kita pun ada diulas. Saya mohon sangat agar buku-buku ini dapat diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Value added: Lagu dan lirik sangat menyentuh hati. Sungguh-sungguh! Pengacaranya pun good looking, berpengetahuan dan saya rasalah dia ni ikhlas lah...Cara dia bagi penerangan pun sangat-sangat menyentuh kalbu.

Jadi di bawah ini ada saya letakkan video-video berkenaan. Terima kasih kepada uploader dan rantaian ke atas video ini.






Ini yang full + sarikata Bahasa Melayu.
Untuk lagu full + sarikata Bahasa Arab, di sini.


Untuk lagu yang sesuai jadi ringtone (tapi kang kalau korang masuk bilik ayor...pandai-pandailah ya)



LAW KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


Semoga Allah merahmati mereka yang terlibat dalam usaha ini, inshaAllah.

2 comments: