Kerana ada satu perkara yang aku simpan,
Untuk aku ceritakan kepadamu,
Wahai lelaki yang menjadi suamiku.
Aku harap kita sudah bersedia,
Untuk menempuh jalan yang tidak pasti dihadapan,
Bersama dengan kualiti yang kita ada dan terus dipupuk.
Semoga kebersamaan kita ini,
Merintis jalan ke syurga abadi,
Dengan Rahmat dan limpah kasih sayang Tuhan.
Semoga engkau menjadi peneman,
Cerminan buat diriku yang aku yakin,
Kau pun menuju ke arah sesuatu yang baik.
No comments:
Post a Comment