Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

Kenapa saya perlu sihat?

Kucing pun bersenam. Kredit ada kat gambo tu.

Selamat hari raya Aidilfitri. Dah nak hujung bulan pun. Cemana Ramadhan kita weh? Harap2 masih boleh teruskan. Ni kena buat entry lain ni.

Berbalik pada tajuk kita. Why I came up with this question? I have been watching my weight lately. On weekly basis. Ramadhan ni turun sikit. Naik raya, dia pun sama naik. There must be strong and concrete reasons kenapa khen?

  1. Aku dah masuk 3 series
  2. Berat aku border ke overweight
  3. Family history: darah tinggi, gaut
  4. Aku nak konvo tahun ni, ujung September ni inshaAllah. maklum le, musti le ada penangkap momen abadi mueh2
  5. Aku nak daki Broga, kinabalu. Weh, ko tau dak, by choice aku memang tanak terlibat dengan mende2 outdoor ni. tah tetibe lak aku cam berminat. Buah hutan apa yang ko makan ni hah?
Ok

Ada lagi reasons yang guna akal rasional (heheh macam kat atas tu tak berapa rasional)

  1. Aku nak sujud sampai akhir hayat aku, inshaAllah.
  2. Because I have, I must love myself. Cemana aku nak sayang orang lain kalau aku tak sayang diri sendiri? Mind you, ada perbezaan dengan selfish. That’s how you appreciate nikmat yang Allah bagi. Ko marah kan, kalau ko bagi barang kat orang, pastu dia letak rata2 = tak appreciate. Camtu lah kekdahnye.
Maksud sihat di sini ialah input dan juga appearance. Input = apa yang masuk dalam digestion system. appearance = look nice and no gebot2. Aku pun bukan la type yang gebot2 sangat. Berisi sedikit Cuma. Heheh. Kena buat toning sikit. Aku tak boleh blah, past 10 years aku berat 43kg. meaning each year, constantly aku buat increment 1.4kg. mak aku masa mengandungkan aku pun tak de seberat aku skang, sobsobsob.

Sudah pasti, Islam ada guideline. Nabi dah ajar sume. Tapi tanak guna. Ignore? Ignorant? Jahil. Makanan apa ko patut makan. Macamana ko patut makan pun dah ada. Complete. Marilah kembali. Guideline dah banyak kali aku buat, langgar semacam jek. 

Sila ingat ni bila nak makan atau cari makan:

  1. Hal teknik: Halal, baik dan berkat. Repeat 100x after me  – Berhenti  sebelum kenyang – No  bath after eating – pilates 3x S,R,J – puasa Isnin Khamis, hari putih, hujung bulan, Nabi Daus as - buat log
  2. Hal supplement: air zam-zam, kurma, habbatus sawdā’, pati delima, cuka kurma, madu, badam, biji apricot, revicon, cod liver oil, vitamin c, kalsium
  3. Hal minuman: Minum air pas 30 minit – Tiada air manis kecuali 100 plus, yogurt drink. Kalau terpaksa (hek), sip no more than 5 sips – avoid iced drinks, substitute with plain water. Weh bawa bekal la weh.
  4. Hal memakan: No eating after 10pm. Hard to resist lo. Especially when you’re working late night, kan? Eleh, allāsan – less lemak2 santan, kacang, mayo, goreng-gorengan – kulit ayam is a no-no – take breast part – no seafood please, aiyoh – less red meat – strictly no junk food (mr potato, auntie anne, commercial donuts, twisties, wise) – less fast food – less sweet. Sweet = calori, ko rajin bersenam untuk membako kalori?

Semoga berjaya!

Monday, October 10, 2011

Cara Rasulullah saw menjaga kesihatan

Salin dan tampal

Khas untuk aku!



CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

Oleh Ustaz Zawawi Yusof

Monday, September 19, 2011

Ujian doa kita

Hari ini hari Isnin. Nabi junjungan kita lahir hari Isnin. Isnin yang sejahtera. Cuaca hari ini nyaman. 28.9 celsius. Sejuk untuk kawasan bandar. Tak boleh nafi. Alhamdulillah, Allah bagi lagi aku peluang untuk menghirup nyamannya udara dan perkara-perkara lain. Betullah Rahmat Tuhan melebihi segalanya.

Malam tadi diuji sikit je. Muntah, cirit-birit dan rasa macam nak demam. Panas sikit badan. Selama ini Allah dah bagi kesihatan yang baik, bila sakit sikit je kecoh mak enon. Ya Allah, ampuni kami.

Aku baru balik dari Kuantan, ada kenduri + open haus. Mind you, oleh kerana dalam mood puasa Shawal, maka 3 hari ini aku terintense la pulak makan. Terkejut perut agaknya. Lagi pulak, waktu makan dan makanan yang tak menentu. Heh, bersyukur sikit, orang kat Somalia tu bukan ada time makan proper pun. Ada makanan pun belum tentu. Haish!

Sampai rumah 6.15pm. Malas lak nak alih kereta (kereta aku kena block). Rezeki apa malam ni ek? Ingat nak order Domino's atau McD. (teringat mende makanan ni pun rasa cam loya) Call lah. Lama kemain. Kredit dah la ciput je. Nak order online, deme ni tak dapat detect address. Haish! Ting! Masak megi je lah. Maka, makanlah aku megi. Aku benarnya malas juga nak makan megi. Dalam usaha mengurangkan makan megi lah katakan.

Masak la megi + telur + seleri. Makan sorang beb, mana nak lalu sangat. Tertengok la pulak Charlie St. Cloud iaitu Zac Efron. Aku tak kenal sangat. Memandangkan aku ni kategori lewat remaja, maka takde la teruja sangat kikiki.

10pm, solat Isyak, tengok tenet. Alahai, tadek mood la weh. Kul doblas, aku tidur. Mana lak diorang ni tak balik-balik lagi. Aku terjaga dan terasa macam loya, nak muntah. Iye betul, aku muntah. Tengok jam 2am. Pastu rasa cam nak berak. Cirit rupanya. Waduh2. Keluar la megi tadi. Aku biasanya, pas muntah, lega sikit. Angin dah kua. On off, on off cenggitu sampai kul 3 baru lega sikit dan boleh tidur. Lepas aku dah lega, aku minum air bacaan Al-Qur'an TQTC. Hoping thing's getting better. Pastu terjaga lagi kul 3.15am, nak muntah dan cirit lagi. Minum air lagi. Aku cakap, kalau lah Tuhan nak kasi mende tak baik kua dari perut aku, aku redha. Tidur. Muntah cirit lagi kul 4.15. Niat dihati nak pose sok, tapi kalau tak OK juga sampai sahur, aku tak pose lah. Lalu terbangun kul 5.55am. Kira tak pose lah ni. Bangun solat subuh. Sambung tidur. 6.40am, Mak telefon. Mak cakap lupa nak tanya kat aku, ada duit tak. Aku cakap, duit ada Mak. Pastu aku tanya, Mak ada tak muntah ngan cirit? Mak cakap, so far tadek. Agaknya, Mak risau. Mak pulak rasa cam nak terberak. Luv you Mak.

Sambung tidur sampai kul 9am++. Hajat dihati nak buat keroje. Cam lemah ke badan. G bagi kucing makan dulu. Apa nak breakfast ni? Maklum lah, dah lama tak breakfast + tak lalu nak makan. Nak g kedai? Kan kete aku kena block. Apa yang ada kat bilik? Susu soya + biskut. Ikut makan kerana terpaksa, nak bagi tenaga, alhamdulillah.

Sampai sekarang, aku masih lagi cirit. Muntah tak dah. Tapi rasa loya tu, sentiasa ada je. Oleh kerana pagi ni sejuk, berstokin aku. Tapi time tak sihat cenggini, tadek lak aku nak tidur, lelama. Oleh kerana taknak, membazir waktu yang terhad ni, aku buat sikit-sikit kerja yang aku plan i.e. outline paper. Dapat le. Alhamdulillah.

Bila teringat je pasal makanan, rasa cam nak shut down je imagination tu. Loya, dugal, nak muntah. Oh, mungkin aku cika kot. Cika is a state when you vomit/sick due to inconsistency of flavour taken. For example, kejap-kejap ko makan mende savoury, jap lagi ko makan mende manis. Pening perut ko tu. Mungkin juga, food poisoning. Mari kita trace:

Dari hari Jumaat lepas, breakfast lewat (kalau pose, tadek hei), lunch lewat, makan mende berminyak (sotong goreng, pisang goreng, ikan goreng, kopok goreng kat Mok Naa). Ahh, loya la pulak tapi tak larat nak muntah + ada orang kat bawah, nanti kang risau lak deme. Malam, makan tak banyak, makan cangku'-cangku' (' bunyi 'ain) - tak berak. Sabtu, breakfast lewat - nasi lemak, open haus, soto, cangku'-cangku' juga, orang kawen - rasa loya sebab tadek yang pedas, mihun, biskut, kurang air. Maklumlah duk homestay. Malam, sate, ayam bakar - ada berak, pagi. Ahad, breakfast pagi - nasi lemak, gi pantai, open haus, roti jala 8 keping, kepak ayam 1, kek lapis, udang 2, buah, air minum banyak sangat - sirap yang tak berapa manis, aku suka. kopok di batu 9, air oren menyala, aiskrim di r&r Gambang, mi sup+megi cangku'-cangku' - aku tak makan sangat sebab kenyang gilak, air cincau tin. Dalam kereta, kopok palembang hapak 1, kuih piring 3. Malam megi+telur+seleri.

Jadi, macamana aku nak tahu? Air susu soya pagi tadi pun tak abih. I sip little by little je. Oho, buat kerja takde mood, memblog boleh aje. Yelah, yelah. Mungkin aku campur makan seafood dengan darat?

Anyway, aku bersyukur, aku tak sampai tahap melepek gilak. Baru sikit Allah uji. Bukan ke kita doa, Allahumma 'afini fi badani. Mesti ada taken path towards badan yang sihat. Bukan dengan cara makan tak ikut waktu, campur seafood dengan darat, makan tak berkhasiat etc. Dan ini melibatkan attraction law of doa.

Dan everytime melibatkan mende macam ni, aku pun set my mind to go through the same unhealthy path. Bila dah berada di zon selesa, lupe kau! Satu perkara aku pegang, it's a jihad. Jihad melawan nafsu. Semoga berjaya!

Allahummaghfirlana dhunubana.