Saturday, October 1, 2011

Antara tanda pilihanraya sudah hampir


Saya rasa bahang pilihanraya makin hampir.
Betul, kenapa tak percaya?
Percayalah.
Sudah 54 tahun kita...tidak valid lagi
Dan sudah 48 tahun kita berhari Malaysia.

Antara tanda-tandanya:

Kalau berita-berita dari Borneo itu makin kerap,
Baik dari segi berita kemajuan, kebudayaan, makanan dan sebagainya.
Tak salah,
Cuma kalau ikut kajian behavioral,
Dapat diduga apa disebalik batu.

Menteri-menteri akan turun padang,
Banyak guni janji-janji siap ditabur,
Pemacakkan 'Satu lagi projek kerajaan',
Gesaan mengundi dengan kekerapan agak tinggi dari biasa.

Wayang-wayang drastik ala tamil,
6% dan sebagainya.

Itu adalah sebahagian sahaja.

No comments:

Post a Comment