Friday, January 24, 2014

Buku Bacaan 2014

Bismillahirraḥmānnirraḥīm,

Cam cantik je. Cam cantik je. Sumber: Google Image


Dah masuk tahun baharu Hijri 1435 dan tahun baharu Gregory 2014. Terima kasih Allah kerana panjangkan umur, berikan kesihatan yang baik dan aku mohon keberkatan. Hujung tahun lepas, tetiba ada rasa cam nak buat senarai buku yang patut baca untuk tahun ni. Maka keluar lah senarai ni:

  1. Sophie’s world
  2. Adab dan peradaban
  3. Mukmin professional
  4. Anna karenina
  5. Mukadimah – Ibn Khaldun
  6. Silent spring
  7. Dimana Dia dihatiku?
  8. Bidayatul hidayah
  9. Deep ecology
  10. Minhajul abidin
  11. Changing courses
  12. Senyum & tawa Rasulullah s.a.w.
  13. Gelisah bernilai ibadah
  14. Jane eyre
  15. Moderation and balance in Islam
  16. The beginners observing guide
  17. Little women
  18. Ilmu hisab waktu solat
  19. Quality of growth
  20. Hadith 40 Imam Nawawi
  21. Apa ertinya saya menganut Islam
  22. Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w.
  23. Limits to growth
  24. Perangai bergantung pada diri sendiri
  25. Kosmologi Islam – Seyyed Hossain Nasr
  26. Fiqh awlawiyyat – Syeikh Yusuf al-Qardawi

Senarai tak boleh blah. Hahaha. Senarai ni takde urutan. Oh urutan is a pun as well! Boleh baca ikut suka, yang penting habis donk!

Yang aku dah abih baca; Sophie’s World. Mula November 2013 abih 2 Januari 2014. Letih weh nak baca tapi rasa intrigue nak baca sampai habih. Mau aje aku bukak mukasurat akhir untuk tahu ending tapi tak seperais la kan? Buku ni agak berat. Maklum le history of philosophy. Kalau rajin aku buat review cecece.

Sekarang ni aku tengah baca yang no. 24 tu; Perangai bergantung pada diri sendiri. Quite slow walaupun bukunya nipis (paling nipis berbanding buku lain) sebab bahasanya agak cam payah nak paham heheh. Kena baca out loud baru leh pa’am. Karya Za’ba. By hook or by crook, aku target habiskan pembacaan buku ni by this month dan dapat ambil pengajaran, inshaAllah.

Oh ya sedikit update tahun lepas. Dah nak bertemu tahun daaa….

Aku dah viva hujung bulan April. Alhamdulillah. Speechless. Aku dah konvo hujung bulan September. Alhamdulillah. Ingat nak coret apa-apa tapi rasa tu dah terkubur heheh.

Makanya sekarang melangok. Heheh banyak ko punya melangok. Aku mengajar. Share code tapi. Dan aku suka. Sains, Teknologi dan Media. Kerja kursus: tengok movie. Suka tak? Suka tak? Aku suka hahahah. Tak tau la diorang suka ke tak. Tapi movie sume tu based on our selection. Ada yang cerita lama-lama lah. Yang penting ko dapat ekstrak apa yang sepatutnya. Gravity keluar lambat sikit, kalau tak memang akan jadi one of the movies.

Hem itu je aku rasa. Tata dan selamat membaca.

No comments:

Post a Comment