Saturday, September 6, 2014

Ulasan buku: Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam

Taken from dawama's

Bismillahirraḥmānnirraḥīm,

Citation endnote (APA6th): Nasr, S. H. (2010). Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam (B. Ahmad & O. Bakar, Trans. 2nd ed.). Kuala Lumpur: DBP.

Pembaca: Aku

Buku ni dah lama aku aim nak beli (awal 2000-an gitu) tapi tadek stok kata DBP. Boleh je pinjam liberi. Orang kata penyakitnya malas, maka tak pinjam. Alasan. Takdir Allah, setelah sepuluh tahun (eceh exaggerate bête),  30 Jun 2010 aku terjumpa la buku ni kat ISTAC – edisi kedua – alhamdulillah. Kena lah beli. Lalu diperam selama empat tahun. Setelah cukup matang jiwa raga bersedia untuk menghadam. Maka, pada tahun 2014 ni lah aku baru baca – to be exact bulan Ogos. Kata orang, ilmu/guru tu hadir bila muridnya bersedia. Kiranya lamalah gitu untuk diri yang hina ini nak bersedia. Niat ada bagus dah. Tepuk belakang diri sendiri, yeah!

Seterang tajuk, maka seterang itu jualah mauduk buku ini. Mengenai kosmologi Islam. Ada tiga tokoh utama iaitu: 1) Ikhwan al-Ṣafā (persaudaraan suci); 2) Al-Biruni; dan 3) Ibn Sina. Tiga-tiga tokoh ini memberi impak yang besar pada ketamadunan sains Islam. Nota kaki: Ikhwan al-Safa itu dikatakan sekumpulan manusia yang menulis risalah tersebut tapi kita mudahkan bicara dengan menamakannya sebagai tokoh.

Kalau ko baca, bacalah prakatanya dahulu, supaya mudah ko faham apa tujuan penulis ni. Buku ini juga ialah tesis SH Nasr kat Harvard tahun 1958 – tahun Mak aku lahir, pergh. Hebat gila donk. Penterjemahnya pun tak kurang hebat donk. Diterjemah ke Bahasa Melayu pada 1992. Bacalah kat kulit buku ni.

Nama pun kosmologi Islam, maka mustilah berkait dengan Islam. Dan sumber utama ilmu dalam Islam ialah wahyu. Wahyu ni tak diturunkan kat sebarang orang melainkan pada manusia yang terpilih. Sungguhpun begitu, wahyu ini terpakai pada setiap zaman dan tempat. Hebat, bukan? Dan wahyu ini dijamin keasliannya (inna nahnu). Sudah tentulah sebagai orang Islam kita ini merujuk kepada wahyu yang sama walau dimana jua kita berada dan dizaman yang berbeza.

Sepanjang pembacaan buku ini, walaupun terdapat pelbagai interpretasi terhadap, baik alam tabii, alam roh dan sebagainya, ianya tetap bertunjangkan tauhid. Aku rasa sangat kudus bila terbaca kesimpulan yang dibuat oleh penulis:
                “Akhirnya, perlu diingat bahawa semua penulis yang telah dikaji itu, sama seperti sarjana dan ahli sains Muslim lainnya, menganggap pengkajian terhadap alam tabii bukanlah sebagai matlamat terakhir pengkajian mereka  tetapi sebagai media dan perantara bagi mencapai matlamat, sebagai satu scientia yang membawa kepada sapientia kerana ia sentiasa disemai di dalam jiwa hikmah yang martabatnya adalah lebih tinggi daripada bidang kuasa akal zahir. Alam tabii tidak dikaji hanya semata-mata kerana ingin mengetahui tentangnya atau sebagai matlamat terakhir. Sebaliknya alam tabii dikaji dan dianggap perlu dikaji adalah kerana matlamat hidup manusia ialah untuk mendapatkan ilmu tentang Hikmah Ilahi di mana hikmah itu tersinar dalam penciptaanNya sehinggakan mencapai ilmu ciptaanNya akan memantulkan satu kesedaran tentang Pencipta itu sendiri” m/s 360


Banyak pulak aku quote, kang tertaip satu buku.

Mode refleksi diri: aku belajar, aku buat geran, aku buat paper, aku nak naik pangkat untuk apa? Memang la mulut cakap lilLah tapi… (kena review balik neh). Agaknya, agaknyalah, sebab tu lah orang bukan Islam walaupun dia hebat sangat tapi sebab tu (tu merujuk ‘menjadikan kajian sebagai matlamat’) lah dia tak jumpa Allah. Macam tu ke ya Allah? Aku tanak jadi cenggitu…na’uzubillah. Perasan tak kalau kita buat proposal ke tesis kea pa-apa ke, matlamat kita tu apa. Adeh. Teringat pulak dalam buku Ustaz Pahrol (Di mana Dia dihatiku?) tu, memang kita kena cari duit, cari reta tapi tu bukan sebagai matlamat tapi mende tu kita gunakan untuk mencapai matlamat. Paham?

Dulu aku pernah dengar, anak murid Prof al-Attas cakap cenggini: “Islam ni agama untuk orang yang bijak-bijak je. Tapi kang kalau kita cakap gitu marah pulak orang”. Pastu dia terangkan. Pada saat dia terangkan, aku paham tapi aku nak luahkan tu tabley pulak. Hikhik. Nampak sangat… Sebabnya gini (ni yang aku jumpa dalam buku ni):

Kan asas utama kosmologi ni kan tauhid, jadi…

“Inilah sebab yang utama mengapa mereka mempercayai tentang pengembalian manusia kepada Tuhan melalui ilmu dan pembersihan diri iaitu kebalikan kepada manifestasi  kosmos dan bersesuaian dengan tabii benda dan pelunjuran benda itu, iaitu surut ke asal. Kejadian seluruhnya adalah penglahiran kepelbagaian daripada kesatuan, sementara makrifah pula ialah yang sepadan dengan kejadian itu iaitu menjalinkan semula semua yang bersifat juz’i kembali kepada kulli atau universal” m/s 364


Nampak tak? Macam puzzle, kita kan kena fikir (makrifah) bila nak cantum-cantumkan kepingan tu dan akhirnya menjadi satu (tengok proses pembikinan jigsaw puzzle).

Aku tak nafikan bila baca buku ni, ada mende juga yang pala otak aku tabley nak hadam. Tinggi amat bahasanya. Tapikan, kalau ko baca, contohnya Bab 9: Perkahwinan di antara Langit dan Bumi dalam Astrologi aku cam tabley nak faham sangat cemana al-Biruni ni fikir. Tengok m/s 186, ada Jadual V Empat sifat asasi dan lambing zodiak, ok, cemana dia boleh tahu yang bersifat kering-panas itu Aries dan kering-sejuk itu Taurus? Juga Rajah 6 (m/s 167), Unsur-unsur dalam alam sublunar. Cerapan? Ke cemana? Ke aku yang skeptik dengan perkataan astrologi? Ke aku yang tak paham? Ke aku ni sudah terpengaruh dengan kerangka Barat, maka aku melihat menggunakan kaca mata diorang hinggakan aku gagal melihat yang benar? ceh ayat tabley blah.

Yang aku suka Rajah 4 Pengukuran al-Biruni bagi mencari lilitan Bumi (m/s 151). Hem.
Lagi yang aku suka hikayat visionari – Ḥayy ibn Yaqzan (hayat anak yang sedar)…haha nanti aku sambung inshaAllah

2 comments:

  1. Assalaamu'alaikum, saya ade baca buku ni, untuk kajian tentang ilmuwan islam (al-Biruni). Hopefully dapat habiskan satu masa nanti

    ReplyDelete
  2. al-baruni banyak anda maklumat dan info dari Hindu - India!

    ReplyDelete