Thursday, January 24, 2013

Mawlid Nabi kita

because he is so special!


Hari ni 12 Rabi'ul Awwal 1434. Hari kelahiran Nabi kita Nabi Muhammad saw. Terima kasih ya Rasulullah kerana membawa cahaya. Alhamdulillah.

Akhir-akhir ni banyak pulak perayaan untuk menyambut kelahiran Nabi. Sentiasa mengharapkan kebaikan. InshaAllah kebaikan itu akan datang.

Sambut kelahiran nabi ni, bukan macam kita celebrate birthday kita. Buat kenduri bagai. Panggil marhaban. Dan berarak.

Aku tengok siaran langsung sambutan Mawlid Rasul di Masjid Putrajaya. Usaha yang baik. Jangan kritik, kata Imam Hasan al-Banna. Jangan sekadar pada surface. Siapa aku untuk kritik. Berapa ayat al-Quran je aku hafal? Faham apatah lagi. Hadith apa je aku hafal?

Semua berbalik pada diri. Kita tak boleh nak ubah sekeliling. Satu-satunya cara untuk sekeliling berubah ialah dengan merubah diri kita sendiri dahulu.

Ada beza merubah dan mengubah?

Doa kita: "Ya Allah, aku memohon segala kebaikan yang dipohon oleh NabiMu, hambaMu, Nabi Muhammad saw, Rasul junjungan kami dan kekasih hati kami."

Soalan: Betul ke junjungan kita?

Apa maksud junjungan? Junjungan itu sesuatu yang kita letak di atas kepala kita. Kepala kot. Kepala ni sensitif. Jangan main kepala aku. Jangan tonyoh kepala aku. Jangan sekeh kepala. Kepala ni ibarat ketua. Kalau kat Indonesia pun guna kepala. Eh, bahasa Inggeris pun cam tu e.g. Head of Department. Kepala Jabatan. Hahaha. Kelakar la pulak. Dato' sekian sekian mengepalai delegasi ke Ulan Bator. Kepala.

Ko ingat susu cap junjung?

tin bekas duit


Kat mana dia letak baldi? Atas kepala, bukan? Menjunjung minyak yang penuh. Ayat dam karangan BM. Mesti ko tanak minyak tu tumpah, kan? Cemana tak kasi minyak tumpah. With graceful, kan? Tak boleh tersantek sikit. Everything must be perfect.

GItulah bayangan macamana kita kena treat Nabi kita. Malahan beyond that. Cakap/taip memang sedap. Prakteknya gi mana sih? Bingung aku.

Saat Nabi diolok-olok, dicaci-maki. Bagaimana keadaan hati kita? Itu satu hal. Orang dah jahat, memang tulah kerjanya. Ni, kita ni, dah la umat Nabi. Islam pulak tu. Nabi masa nak wafat, siap ingat pasal kita lagi. Punyalah sayang kat kita. Tapi kita, nak dapat selawat 10 kali pun payah. Kalau ada pun, selawat hanya dimulut. Tak sampai kat hati pun. Inikan pulak nak menyambung perjuangan baginda.

Pastu claim, kekasih hati. Malu rasanya..Lagu Hijjaz.



Tapi hati kecik ni memang nak dia jadi kekasih hati kita, bukan? Adeh. TOlong la ya Allah.

Kalau nak amik dia sebagai kekasih, besenya cemana? Ko mesti tahu nama dia, of course. Bila birthday dia. Kisah hidup dia. Kisah perjuangan dia. Siapa disekeliling dia, keluarga dia, sahabat dia. Makanan favourite dia. Paling penting, akhlak dia. "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak".

Maka resolusi kita:

Mahu selawat banyak-banyak sampai menusuk qalbu (ceh), ingat sunguh-sungguh pada dia dan sayang sangat-sangat pada dia sebab kita akan dibangkitkan dengan siapa yang kita sayang. Backcasting thinking, aku mahu dibangkitkan dengan baginda Nabi. Maka aku wajib ingat pada dia setiap waktu. Ofkos, sayang bertambah sayang.

Ya Rasulullah, I'm speechless. I try to do the best I can, inshaAllah. Thank you very much.


Dear Allah, thank you for making me as ummat of your servant; Nabi Muhammad saw

Jom, selawat!


No comments:

Post a Comment