Thursday, June 2, 2011

Analisis Wayang

Saya bukan kaki wayang tapi tengok juga wayang. Wayang itu membazir? Mungkin ya dari satu sudut. Ini boleh dibuktikan jika kita rekodnya. Maka tiket wayang yang diarkibkan boleh dikira rekod selain dari mencatit (apa beza catit dan catat?) perbelanjaan harian.

Oleh kerana masa luang yang dimanfaatkan. Maka saya dengan rajin hati menampal tiket-tiket yang ada dalam simpanan saya ke kertas A4. Setakat ni, boleh dapat 6 helai (bukan depan belakang). Memanfaatkan scanning capability yang ada, berikut merupakan butiran tiket yang mengandungi harga tiket, tajuk filem dan tarikh.



page 1


page 2


page 3


page 4









page 5









page 6



Setelah membuat matematik mudah, 

In total: RM995 dari 19 September 2005 hingga terkini 19 Mei 2011 (+- 6 tahun). Lagi RM5 cukupkan seribu.
Per year: RM166
Per month: RM14

Perhatian: Itu tak termasuk perbelanjaan kudap-kudapan dan tiket parking. Popcorn aje dah berapa...

Banyak tuh! Sedekah? Bukan main berkira lagi orang ni betul ke tak betul, menipu ke tak menipu. Menengok wayang ni confirm ke dapat pahala? For at least, sedekah ni, tak kira la orang yang mintak tu menipu ke tak, inshaAllah dapat pahala (depends on your niat la kan). Haha nak tergelak aku. Teruk kan...

Kalau tengok wayang cerita berfaedah dan boleh diambil faedah, ok la. Kalau cerita bebodoh yang gerenti boleh masuk TV time raya tu ape ke hei? So I start questioning myself. Ko g tengok wayang bazirkan 2-3 hours time, ada dapat pekdah ape? Kalau mende lain, pandai lak tanye pekdahnya. Adeh, memang asal perkataan manusia ni 'lupa'. Walau lupa, the most important thing is ko cuba untuk ingat. Maknanya ada usaha untuk tak lupa. Lupa, buat-buat lupa dan ingat itu adalah perkara yang berbeza. Sangat-sangat. 

Tengok wayang ni best juga. Nampak besar lubang idung orang tu, sound system gegar dada, Rasa cam best. Cam best le. Hehe. Tapi kan, what for ya? Pleasure ek? 

Ada beberapa sebab kenapa orang g tengok wayang, antaranya:
1. ko memang nak tengok cerita ni sebab:
     a. jalan cerita dia best 
     b. ko suke pelakon dia,,sukeee sangat
     c. review kata best/tak best
     d. sebab filem ni 3D, maklum le j@kvn sikit kikiki
     e. memang menunggu-nunggu kemunculan filem ni
2. kawan/family ajak tengok
3. ko 'tak de kerja' nak buat
    a. escapism: ko escape dari kerja/opis
    b. ko banyak kerja bertimbun, kekononnya release tensen
    c. just to kill time sambil ko tunggu orang
    d. memang suka membazir masa kat dalam wayang 
4. ko memang suka environment wayang yang gelap, dingin dan berskrin besar
5. ko tengah wat research pasal
    a. behaviour orang dalam wayang
    b. ko amik pengajian media
    c. research kepekaan mata manusia dalam gelap
    d. research daya kinestesis manusia
    e. research sosial (atau so sial)
6. as as reward sebab
    a. ko berjaya siapkan kerja
    b. ko berjaya tah hape-hape

Jadi banyak sangat sebabnye kan? Ko tau sebab ape? Sebab Tuhan tu Kaya. Itu baru dilihat dari aspek wayang secara general. Haaa...boleh buat paper ISI ni tau. ICI cat tuh. Faham?

Tapi kan, as for me lah, ko tengok lah cerita apa pun tapi mesti tahu amik iktibar. Sebagai guideline untuk menjadi penonton bijak:

1. Buat limitation filem
    a. Pelakonnya berdasarkan kualiti yang ko nak. Ensem ke, pandai berlakon ke atau everytime dia ni        berlakon cerita mesti sedap babeng
    b. Jalan cerita, kualiti cerita. Kalau cerita yang stereotype tu baik tunggu masuk TV. Ataupun memang ko jenis suka tengok cerita stereotype. Action movie ke rom-com ke fiction kartun ke. Kalau cerita Melayu biasanya cepat juga masuk TV time raya. Alah, cerita omputis pun ape kurangnya. Ingat bagus sangat ke? Ngarut aje. Paling cepat masuk 3-4 bulan pas release kat wayang. BEngang kan?
2. Masa tayangan. Aku percaya, kalau tokei wayang tu Islam yang mengamalkan Islam, dia tak buat tayangan  waktu solat especially maghrib sebab singkat waktunya. Bukanlah bermakna waktu lain tu boleh, understand? 
3. Kalaulah mengantan-ngantan (nak sangat) nak tengok wayang time yang bertindih dengan waktu solat, pergi solat dulu. Luput lak solat tu. Takpelah miss part awal. Tapi yang baiknya, ko lupakan wayang, bukannye ko tak boleh tengok waktu lain. 
4. Gunalah kelebihan yang ko ada. Ko student? Ha guna kad matrik tu, tunjuk awal-awal. Kalau boleh sebatu dah ko tunjuk hahaha. Beza RM2 tu banyak juga (kalau ko kaki wayang), boleh ko sedekah mana-mana. Tapi tu wayang sebelum 6pm la. Kalau ko perempuan pun boleh juga, rasanya ladies nite kot kat GSC. Tah aku tak ingat. Kalau ko atuk ngan wan pun boleh dapat diskon. Kalau ko ada kat kredit yang join ngan cinema pun boleh dapat benefit. Kalau ko boleh booking online pun bagus. Tak payah beratur panjang. Nak-nak pulak memusim cuti sekolah ni. 




1 comment: