Quest for money
Elaun sara diri bulan ni tak dapat lagi. Adeh. Sesak. Sesak. Heheh, takde la sesak sangat. Masih lagi boleh bernafas. Boleh makan. Boleh tidur. Boleh isi minyak. Syukur. Syukur.
Aku pun menjalankan investigation. Eceh. Iaitu dengan menyemak penyata. Aku pernah semak, itu pun ada orang bagitau. Bab-bab ni aku tak alert sangat. Ko tau, time degree dulu, kalau bukan kawan aku bagitau nextweek cuti sem, maka tiadalah aku tahu. Hahaha. Kaki stadi? Tak juga. Kaki tidur mungkin. Hahaha. Aku pana dengan diriku sendiri. Ececeh.
Jadi, bagi sesiapa yang nak menyemak penyata biasiswa KPT (Kementerian Pengajian Tinggi), silalah berbuat demikian dengan mengelik di sini. Hanya perlu masukan no KP aje. Terus keluar. Bagus juga. Paling kurang boleh la ko tahu apa perihal duit apa yang dimasukkan.
Biasanya, elaun dari KPT ni masuk 3 bulan sekali. Pandai-pandai ko lah nak urus duit tu.
Jadi setelah disemak, tarikh patut masuk 14 Oktober tapi sampai hujung bulan tak muncul-muncul lak. Manusia ni biasalah. Masa ada buat tak cakna. Bila takde, mulalah. Tak senohoh tul. Disebabkan takde (lah pening cerita aku ni) aku semak.
Alah kena call lah ni. Kalau guna enset mahu abih RM10. Aku pun gunalah kemudahan telefon talian tetap a.k.a. telefon rumah sebab telekom kata fix line to fix line free of charge. Nanti dapat bil aku tengok.
Nombor yang diberi: 03-8870 6000. Aku syak ni mesti operator a.k.a. perempuan pekak (jahat tul kan)
Sah itulah nombor operator. Baik je perempuan ni cuma pekak je hakhak
Sila tekan 1 untuk bahasa Melayu. Sila tekan nombor sambungan atau tekan 0 untuk bercakap dengan operator kami. Untuk pengetahuan aku dan anda pembaca secara husnu zan, aku rasa operator tu pakat cuti ramai-ramai hari ni.. Hapah pun tak angkat.
Maka aku pun semak, ada tak sebarang nombor berkaitan KPT dalam enset aku yang canggih-manggih ni. Ada...yes, yes, Alhamdulillah!
03-8884 4647. Aku pun dial. Tapi tulah, dial tone ni penting kan? (Tolonglah kan, kan) Ko cam tau tau je tone tu sama dengan tone tiada harapan atau tone ini sudah tidak digunakan lagi. Haha..Wa la tay asu min rauhillah. Aja! Aja!
After a serious contemplation (eceh), aku teringat 1 lagi set nombor. Tibai jelah. 1015. "Terima kerana menghubungi TM Careline" hahaha. Gelak untuk aku. Dah alang-alang, ko cakap jelah dengan operator tu.
"Boleh sambungkan saya ke Kementerian Pengajian Tinggi, Bahagian Biasiswa?"
"Ada nombor cik?"
Ish, aku nak mintak nombor kat kau. "Ha, niha 03-8884 4647"
"Sebentar ya cik"
"Oke"
Maka disambungkan. 10 saat selepas itu.
"Cik nombor ni macam takde dalam perkhidmatan lah cik"
"Hah ye ke?" dalam hati patutlah
"Cik dah call 103?"
"103? 103 tu amende ya?"
"Oh, itu directory. Better cik call 103 dulu"
Ha yelah yelah "Terima kasih ya. Assalamualaikum"
Salam tak berjawab. 1) dia tak dengar, sebab dah letak telepong cepat sangat (eh diorang guna headset kan?) 2) etika syarikat untuk tak jawab salam? eh hello boleh, takkan jawab salam tak boleh. Amik jelah pendapat yang pertama.
Dial 103.
"Hello"
"Hello. Boleh saya dapatkan nombor KPT, Bahagian Biasiswa, Unit SLAB/SLAI"
"Sebentar ya"
"Cik amik nombor ni ya"...tut tibe-tibe
"kosong-tiga-lapan-lapan-lapan-lapan-satu-enam-satu-enam" 03-8888 1616 daaa...
Tak sempat aku nak ucap terima kasih
Aku pun dial. Tak berangkik juga.
Macam-macam kombinasi nombor yang aku cuba. Ada satu tu, lama dalam 5 minit, ada orang hello-hello. Bila aku hello, dia tak dengar. Klik. Dah letak. ciscis.
Last resort, telefon orang universiti yang selalu deal dengan KPT. Heh, Alhamdulillah. Dapat lagi bunch of number. Boleh buat goreng ko.
03-8870 4748 Pegawai
03-8870 6351
Aku pun cubalah call pegawai. Ampespes (setelah banyak kali oke). Yang best tu apa tau, "Maaf sekarang adalah diluar waktu bekerja kami" Dalam pala aku, eh, aku call ko kul 3 petang lah. Ko pakai waktu Uganda ke Korea apo?
Dahnye gitu, aku call kerani. Alhamdulillah. Dapat lah.
"Boleh saya cakap dengan pegawai" ceh nak cakap dengan pegawai terus.
"Berkenaan apa ya?"
"Um...amm...pasal elaun tak masuk lagi"
"Ooo elaun tu masuk ujung minggu ni"
"Ooo yeke? Hari apa ya?" nampak sangat nak sangat. Malu aku malu (sambil pekup tangan kat muka)
"Jumaat" Dalam hati bermunge-munge, Alhamdulillah...nampak gayanya tukar duit pas raya lah ni. Mintak-mintak lah RM naik. RM naik maksudnya ko bayar kat tambi tu sikit la, kan? Tapi dapat rupiah banyak, kan? Seminggu ni aku rasa cam buat forex je asik menyemak graf je. Ceh. Jangan terlibat wei, , tak halal tu. Semak di Ustaz Zaharuddin.
'Ala kulli hal, duit tu inshaAllah dapat. Sukkanya diyeeee...lebar senyum. Ada duit suka. Nak duit, kena kerja. Mak pesan, kerja dulu, pape hal. Senang nak g sana sini haha. Aku rasa macam nak update wishlist aku sempena Awal Muharam 1433H yang tidak lama lagi. Oi (dengan manja), resolusi tahun lepas apa khabar? Hem tu nampaknya macam next entry.
p/s aku try 103 dua kali. Dua set nombor berlainan yang diberi. Biasak la...
No comments:
Post a Comment