Monday, October 10, 2011

Cerita pensil



IKTIBAR DARIPADA SEBATANG PENSIL.


Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis .
" Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu? "
" Ibu menulis tentang diri kamu,tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensil ini . "
" Apa yang istimewa tentang pensel ini? " tanya si anak .
" Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini . Walaupun sebatang pensil, ada lima nilai yg boleh kita pelajari daripadanya . Mahu tahu? "
"Ya, ibu . "

Pertama, pensel ini mengingatkan jika pensil ini boleh buat sesuatu yang hebat dalam hidup ini . Jangan lupa, ibarat pensil ada tangan yang memegangnya . Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iatu ALLAH S.W.T . Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya .

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul . Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya . Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya . Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu . Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baik atau sebab dirimu menjadi lebih baik .

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah . Namun, kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula . Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup . Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar .

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensil ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya . Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah .

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan . Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain . Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak .

No comments:

Post a Comment