Monday, September 19, 2011

Ujian doa kita

Hari ini hari Isnin. Nabi junjungan kita lahir hari Isnin. Isnin yang sejahtera. Cuaca hari ini nyaman. 28.9 celsius. Sejuk untuk kawasan bandar. Tak boleh nafi. Alhamdulillah, Allah bagi lagi aku peluang untuk menghirup nyamannya udara dan perkara-perkara lain. Betullah Rahmat Tuhan melebihi segalanya.

Malam tadi diuji sikit je. Muntah, cirit-birit dan rasa macam nak demam. Panas sikit badan. Selama ini Allah dah bagi kesihatan yang baik, bila sakit sikit je kecoh mak enon. Ya Allah, ampuni kami.

Aku baru balik dari Kuantan, ada kenduri + open haus. Mind you, oleh kerana dalam mood puasa Shawal, maka 3 hari ini aku terintense la pulak makan. Terkejut perut agaknya. Lagi pulak, waktu makan dan makanan yang tak menentu. Heh, bersyukur sikit, orang kat Somalia tu bukan ada time makan proper pun. Ada makanan pun belum tentu. Haish!

Sampai rumah 6.15pm. Malas lak nak alih kereta (kereta aku kena block). Rezeki apa malam ni ek? Ingat nak order Domino's atau McD. (teringat mende makanan ni pun rasa cam loya) Call lah. Lama kemain. Kredit dah la ciput je. Nak order online, deme ni tak dapat detect address. Haish! Ting! Masak megi je lah. Maka, makanlah aku megi. Aku benarnya malas juga nak makan megi. Dalam usaha mengurangkan makan megi lah katakan.

Masak la megi + telur + seleri. Makan sorang beb, mana nak lalu sangat. Tertengok la pulak Charlie St. Cloud iaitu Zac Efron. Aku tak kenal sangat. Memandangkan aku ni kategori lewat remaja, maka takde la teruja sangat kikiki.

10pm, solat Isyak, tengok tenet. Alahai, tadek mood la weh. Kul doblas, aku tidur. Mana lak diorang ni tak balik-balik lagi. Aku terjaga dan terasa macam loya, nak muntah. Iye betul, aku muntah. Tengok jam 2am. Pastu rasa cam nak berak. Cirit rupanya. Waduh2. Keluar la megi tadi. Aku biasanya, pas muntah, lega sikit. Angin dah kua. On off, on off cenggitu sampai kul 3 baru lega sikit dan boleh tidur. Lepas aku dah lega, aku minum air bacaan Al-Qur'an TQTC. Hoping thing's getting better. Pastu terjaga lagi kul 3.15am, nak muntah dan cirit lagi. Minum air lagi. Aku cakap, kalau lah Tuhan nak kasi mende tak baik kua dari perut aku, aku redha. Tidur. Muntah cirit lagi kul 4.15. Niat dihati nak pose sok, tapi kalau tak OK juga sampai sahur, aku tak pose lah. Lalu terbangun kul 5.55am. Kira tak pose lah ni. Bangun solat subuh. Sambung tidur. 6.40am, Mak telefon. Mak cakap lupa nak tanya kat aku, ada duit tak. Aku cakap, duit ada Mak. Pastu aku tanya, Mak ada tak muntah ngan cirit? Mak cakap, so far tadek. Agaknya, Mak risau. Mak pulak rasa cam nak terberak. Luv you Mak.

Sambung tidur sampai kul 9am++. Hajat dihati nak buat keroje. Cam lemah ke badan. G bagi kucing makan dulu. Apa nak breakfast ni? Maklum lah, dah lama tak breakfast + tak lalu nak makan. Nak g kedai? Kan kete aku kena block. Apa yang ada kat bilik? Susu soya + biskut. Ikut makan kerana terpaksa, nak bagi tenaga, alhamdulillah.

Sampai sekarang, aku masih lagi cirit. Muntah tak dah. Tapi rasa loya tu, sentiasa ada je. Oleh kerana pagi ni sejuk, berstokin aku. Tapi time tak sihat cenggini, tadek lak aku nak tidur, lelama. Oleh kerana taknak, membazir waktu yang terhad ni, aku buat sikit-sikit kerja yang aku plan i.e. outline paper. Dapat le. Alhamdulillah.

Bila teringat je pasal makanan, rasa cam nak shut down je imagination tu. Loya, dugal, nak muntah. Oh, mungkin aku cika kot. Cika is a state when you vomit/sick due to inconsistency of flavour taken. For example, kejap-kejap ko makan mende savoury, jap lagi ko makan mende manis. Pening perut ko tu. Mungkin juga, food poisoning. Mari kita trace:

Dari hari Jumaat lepas, breakfast lewat (kalau pose, tadek hei), lunch lewat, makan mende berminyak (sotong goreng, pisang goreng, ikan goreng, kopok goreng kat Mok Naa). Ahh, loya la pulak tapi tak larat nak muntah + ada orang kat bawah, nanti kang risau lak deme. Malam, makan tak banyak, makan cangku'-cangku' (' bunyi 'ain) - tak berak. Sabtu, breakfast lewat - nasi lemak, open haus, soto, cangku'-cangku' juga, orang kawen - rasa loya sebab tadek yang pedas, mihun, biskut, kurang air. Maklumlah duk homestay. Malam, sate, ayam bakar - ada berak, pagi. Ahad, breakfast pagi - nasi lemak, gi pantai, open haus, roti jala 8 keping, kepak ayam 1, kek lapis, udang 2, buah, air minum banyak sangat - sirap yang tak berapa manis, aku suka. kopok di batu 9, air oren menyala, aiskrim di r&r Gambang, mi sup+megi cangku'-cangku' - aku tak makan sangat sebab kenyang gilak, air cincau tin. Dalam kereta, kopok palembang hapak 1, kuih piring 3. Malam megi+telur+seleri.

Jadi, macamana aku nak tahu? Air susu soya pagi tadi pun tak abih. I sip little by little je. Oho, buat kerja takde mood, memblog boleh aje. Yelah, yelah. Mungkin aku campur makan seafood dengan darat?

Anyway, aku bersyukur, aku tak sampai tahap melepek gilak. Baru sikit Allah uji. Bukan ke kita doa, Allahumma 'afini fi badani. Mesti ada taken path towards badan yang sihat. Bukan dengan cara makan tak ikut waktu, campur seafood dengan darat, makan tak berkhasiat etc. Dan ini melibatkan attraction law of doa.

Dan everytime melibatkan mende macam ni, aku pun set my mind to go through the same unhealthy path. Bila dah berada di zon selesa, lupe kau! Satu perkara aku pegang, it's a jihad. Jihad melawan nafsu. Semoga berjaya!

Allahummaghfirlana dhunubana.

No comments:

Post a Comment