Friday, February 18, 2011

paper - reward - procrastination - satisfaction

Alhamdulillah aku dah siapkan paper dan dah bagi kat supervisor aku. hopefully tadek banyak hal, inshaAllah. oleh kerana aku dah siap paper tu lebih kurang 11.30 pagi, maka sebelah tengahari tu aku pun happy-happy tengok tb. nak makan, aku pose. sebelah petang pun aku happy-happy. memang happy yang aku cari.

tau tak, diri ni bila time suh surf tenet cari yang merapu-rapu, rasa cam mati kutu lak. masa keje menimbun aritu, macam-macam je distraction. dugaan. ni sheitan la ni punya kerja. nastaghfirullah. masa free (as a reward kan) gini, tadek pulak aku nak nengok youtube ke layan fb sampai nak muntah ke main game ke.

tulah, aritu aku ada pernah terbaca pasal procrastination kot. dia kata, before ko wat keje, ko allocate 10-15min untuk tidak buat apa-apa. logik juga, sebab perasaan kita masa kena buat kerja, mesti kita wish kita tanak wat apa-apa, kan? jadi, normal case, orang tak boleh tahan 10-15min, kerana teruja sangat nak wat keje. haha minda kita ni, kena tipu mudah-mudah gitu. patutla Allah kata tipu daya setan itu amat lemah. dan janganlah kita lagi lemah dari itu, inshaAllah.

oleh kerana, aku telah berjanji kat diri aku hehe part ni aku suka haha. aku nak kasi reward iaitu makan aiskrim pistachio baskin robin yahaha. lama dah aku ngidam. tapi nak kena tunggu kakak aku untuk celebrate ni haha. ala baru siap paper, bukan main lagi. lum lagi anta kat isi journal haha o'oyo tul.

ok lah aku nak g cekolah dah ni. today ada endnote skill class kat liberi. petang ni ada postgrad seminar dan prof jepang di IAIS. clash la pulak. aku nak g dua-dua. kez yang postgrad tu cam sedap je dan prof dari jepang ni pasal Islam-Islam. dia belajar kat al-Azhar weyh. tabik spring. dan aku suka Izutsu punya buku hahah. kakak balik kul 5pm ni, hem...(sambil pegang dagu) cemana ya. kena rush ni. Allahumma adhhib canni al-hammi wa al-hazan. wa makaru wa makaralLah, waAllahu khairul maakiriin.

dada

No comments:

Post a Comment