Aku sebenarnya tak tau sangat. Terjadi tertahu sebab aku nak transfer kredit kat kakak aku kat Jepun. Aku tak tau yang everytime kita mesej atau call orang yang Jepun (yang guna Malaysia punya nombor tepon) kredit dia pun deducted. Sekali aku anta mesej, aku check balance, hehe 1 sen je. Loh, dia guna local rate, hem bagus ni. Dah 1 sen, makanya aku call la, heh gerak 20 sen je untuk 1 min. ini sudah bagus. Lalu aku call la, kali ni lama sikit. Tetiba je putus. Call semula, network failure. Ah, sudah. Berderau aku. Risau jugek sebab jepang kan selalu kes gempa Bumi gituw. Dah call celcom careline dah. Untuk malam tu je dah 4 kali. Aku tau dia boleh detect bape kali ko dah fon. Ada beberapa nasihat dia bagi:
- 00 81 (ni kod Jepun) 01x xxx xxxx
- + 81 01x xxx xxxx (dari Jepun ke Malaysia)
- Sama untuk call dan sms
Pastu baru aku tingat, arinikan belentains dei. Agaknya, tadi dapat call sebab celcom bagi chance kowt (sebab line bz). ç salah sebenarnya untuk berpikiran begitu. Tadek syarikat dalam dunia ni yang baik sangat, okay. Oh begitu prejudis. Maka legalah hati aku sikit, Alhamdulillah.
Pagi sok, bukak tenet. Ada lak minah ni anta mesej kat fb kul 3 lebih (tak tau waktu sana ke sini; beza sejam je; Jepun awal dari Malaysia). Rupanya, wifi ada lah. Dia ingat orang senang hati terputus camtu je. Balik ni siap ko kak.
Maka bergegaslah aku g kedai. Kedai mana buka pepagi bute ni. Dah la cuti. Hari ni maulidurRasul, yeah. Sama lak dengan zikirhari selasa, selawat. Perbanyakkan ya, inshaAllah.
G isi myk + isi angin + cucuk sekali. G kedai belakang, tutup lak kedai tu. Aku nak cari kedai yang boleh reload ke no lain. Bukan tak boleh buat guna cimbclicks tapi aritu aku buatkan untuk kakak rm30, tak masuk-masuk. Begang la. Dah 2 kali call centre cimb, baru masuk. Better call centre gune fixline la, kalau guna enset, buat abih duit je. çkata-kata pengguna keciwa haha
Beli ruti canai dulu. Adeh, cemana ni. Aku pun beraraklah ke giant. Sebab aku rasa kat situ buleh buat masuk no lain. Ala labu, kedai bukak ke? Tawakkaltu alalLah. Bukak, Alhamdulillah, yes. Tengah nak bukak2. Tanya-tanya, ades, tak boleh juge. Keciwa? Jangan dulu.
Aku pun call 1111 celcom boleh tak buat credit transfer. Boleh upenye. patutnye aku call dulu kat kedai ruti canai tuh. Tulah panic+rush. Tetibe bila tulis ni tingat "tergesa-gesa itu dari shaitan" nastaghfirullah. Barurah boreh har har har. Begini caranya:
Register dulu:
CAT<ruang kosong>password (max 6 aksara)<ruang kosong>nama mak kita
Dan hantar ke 1019
Eg. CAT 123456 seripaheni
Kalau nak transfer (Max satu hari RM50 dan celcom cas 50 sen untuk setiap transaksi):
RM50<ruang kosong>password tadi<ruang kosong>nama mak kita
Dan hantar ke 1(no penerima)
Eg. RM50 123456 seripaheni dan hantar 101xxxxxxxx
As a conclusion, boleh call no orang tu cam bese.
Tapi aku tak paham nape celcom tolak kredit orang di sana. Tolak yang kita dah la, kan? Sebab kita yang anta kat dia. Lain la dia anta kat dia. Ni belum masuk cerita roaming2. Hem…
Above all aku bersyukur Allah bagi solution, Alhamdulillah.
p/s kalau betul dari Malaysia to Japan (atau ke mana2) credit is deducted samada sms atau call, cancel kan langganan anda spt Facebook dsb. yang ni sedut $ anda begitu cepat sekali. especially bila anda upload gambar anda di vacation dan anda masih lagi di sana. possibility untuk orang respon kpd gambar anda adalah tinggi, maka jumlah sms yang anda terima juga tinggi. jadi anda nampak hubungannya? ia berkadaran terus.
lagi satu, kalau anda guna postpaid, lagi mahal. yelah both ada pros and cons
No comments:
Post a Comment