Sunday, December 23, 2012

Kematian dan kebersediaan

Bestnya mati cenggini



Hari Isnin lepas (10 Disember 2012) aki de meninggal. Lebih kurang 10 bulan dah aki de bed-ridden. Dia pendiam. Tanya sepatah, jawab sepatah. Kadang-kadang tak jawab langsung. Aki de ni adik wan, wan Jamie. Canggih tak nama. Haha tak boleh blah. Eh mood sedih ni. Aku tak berapa ingat sangat apa saat-saat aku dengan aki de. Jap jap aku pikir. Musti ade kot. Aku rasa, aku macam penah makan masakan yang dia masak. Keje ko makan je ek? Dia rajin basuh pinggan. Kalau aku balik umah wan Jamie, makan-makan. Pastu mesti dia yang basuh pinggan. Hehe mak aku suh take over tapi dia tak kasi. Aku suka. Haha teruk tul ko ni. Dedulu, dapur kat umah wan Jamie lantainya buluh. Cam best gitu. Basuh pinggan air sume jatuh kat bawah. Sisa-sisa jatuh jadi rezeki ayam, itik dan sebagainya. Ini menjadi satu kitaran simbiosis dan ekologi. Amboi ayat skema tak ingat. Dia suka duk lipat kaki ke dada.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya. Kenapa cucur bukan curah atau tuang? Terdapat perbezaan dari segi kelajuan perbuatan dan perasaan ketika melakukan perbuatan tersebut. Tak paham? Ko penah buat cucur udang? Agak-agaknya cemana orang masak cucur udang, maksudnya masa meletakkan adunan dalam minyak panas itu? Selow-selow right? Gitulah yang aku paham. Lembut sungguh terjemahan bahasa Melayu ini.

Aki de ninggal lebih kurang kul 3 – 3.30pagi kat hospital. Doktor cakap, ni dah lain macam ni. Mebe doctor boleh agak kot. Last time aku Nampak dia, kat umah dia. MakAyah masa tu kat Jerantut. MakAyah bergegas balik. Dekat subuh baru Mak tepon aku. Sebab waktu tu Mak aku pikir, anak dia ni baru nak terpisat-pisat bangun. Kalau tepon time tu, harus tak sedar. Oh Mak, so thoughtful. Lebiu MakAyah.
Mende first yang Mak tanya masa call tu “Dah subuh dah?” aku yang mamai-mamai ni jawab “Belum lagi”. Dalam hati fuuh sibbeik sempat tenok jam. Takkan Mak buat spot check semayang. “Niha, aki de dah takde ni”. sob sob. Sedey lak time type ni. tapi time tu cam bingai-bingai. Ada ke patut aku tanya nak kena balik ke Mak? Mak pun cakap, ha ni Mak nak tepon angah. Aaa..ok ok. Terdiam jap. Semalam baru je berborak ngan Nisa pasal orang terdekat meninggal masa kita dah besar. Paham tak? Sebab minggu sebelum tu opah Nisa baru je ninggal. Eh tak sampai seminggu pun.

Aku pun bingkas bangun, amik air semayang. Kalau nak balik kena tolak pagi pas subuh ni. aku boleh je drive sorang, kalau kata angah tak leh balik la. Baju kurung yang dah siap gosok takde. Yang ada baju labuh sikit, yang aku agak-agak takyah gosok. Hem belasah jelah. Apa nak bawak ni? panic at the disco? Ptuih. Baju? Sok ada kelas pagi buta kul 8. Buta sangat le teuw.

Aku nak tepon Mak tapi tak berangkik. Semayang agaknya. Tetiba naik muka Ayah kat tepon tapi takde butang untuk aku answer the call. Aku tekan end call. Bijak tak? Bila aku cek semula, nama angah. Namalah bingai pepagi. aku call angah semula, dia setuju untuk balik pas subuh. Aku pun semayang. Terus ke umah angah. Tengok Aisy dah bangun. Muka bangun tido tul. Comel gituw. Aisy tinggal sebab kitorang balik ari je.

Eh apa point aku ni? haa lessonnya. Ko kena bersedia whatever. 1) ko tak tahu ada sudden news cenggini; ataupun 2) ko tak tahu ko yang mati. Haa tak ke haru kalau tak bersedia. Prek prek la Mak aku cakap siap kan beg sekolah sebelum esok g sekolah. Tapi pagi sebelum g sekolah tulah ko baru nak menggagau sediakan beg sekolah, gogok baju, cari stoking bagai. Last minute person. Aku nak buang istilah atau label tu dalam hidup aku. Last minute person is not cool weyh! Ko kena bersedia. Siap-siaga. Teringat lak ayat ni:

$ygƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãYtB#uä (#rçŽÉ9ô¹$# (#rãÎ/$|¹ur (#qäÜÎ/#uur (#qà)¨?$#ur ©!$# öNä3ª=yès9 šcqßsÎ=øÿè? ÇËÉÉÈ

200. Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Hemp…

Hari ini aku rasa antara hari produktif. Aku basuh baju, cucui bilik air, doa penuh setiap solat, solat awal waktu, zikir sejam, update cv, 2 paper formattings, pose, renew buku liberi, baca 2 pages of alghazali. Beseje tapi sebab selalu kalo aku list down apa nak buat esok hari mesti tak dapat siapkan. Walaupun aku bangun kul seplo. Yang ni jangan ikut. Ceh. Baru satu hari. Cuba ko bayangkan kalau ko tiap-tiap hari produktif. Tak ke bagus gitu? Rahsianya? Reward hahahahah. Dapat tengok sejam cerita Korea. This time around Spy Myeong Wol. Muahahahah. Acam? Esok buat lagi nak? Yang paling penting disiplin diri atau pengawalan nafsu. Cakap memang senang. Rasa cam nak tengok sambungan cerita tu lah hehehe.

Ada banyak lagi paper tak buat - harap boleh buat dengan jayanya, inshaAllah:
1.       Etym to umlib
2.       Charac sustainability
3.       Paper media

Tiga je? Haha kira banyak la tuh.

Oh ya, aku terjumpa software untuk insert ayat al-Qur'an dalam word di sini. Bagus bangat. Banyak pencen kubur programmer ni, inshaAllah.

No comments:

Post a Comment