Sunday, November 4, 2012

raya haji - blogwalking - pre-kerja

Selamat hari raya haji.

Eh ko tak g haji. mane leh raya haji.

Peh!

Anyway, selamat beroleh haji yang mabrur bukan malboro (very the cliche)

Aku tershok la pulak membaca blog ineh. Ha, kan aku tak boleh benti baca.

Jap jap. cemana aku boleh jumpe blog tersebut? oh ya, aku tengah men'search' (ape burok beno bahsenya) "shahanshah dejavu". apakah ituw?? itu ialah nama orang yang menyanyi dan lagu yang dinyanyikannya. tak tau la pulak secara solo-molo atau berkumpulan. dari belog itu (haish, tak konsisten sungguh budak neh), aku mengelik bloglist (yeh?). lalu membawa ku....eh....bukan lah....aku nak baca blog maria elena tuh. pastu salah satunya, menghaborkan maria itu bakal kakak iparnya.

entry ni aku jangkakan agak random-mandom (itu kata ganda-berirama namanya ya adik-adik).

setelah mengira-ngira dengan menggunakan jari kaki, maka sahlah lebih kurang 2 bulan lagi aku wajibul ghunnah melapor diri kerana jika tidak aku terpaksa melapar diri hekhek

atas kesedaran yang ada itu, maka tangan aku mencapai sebuah buku yang bertajuk "Happy at work"...supaya idok le terkejut monkey pabila memasuki alam pekerjaan yang penoh dengan pancaroba.
iklan jap, eh did you know that word "panca" is from sanskrit word "pancha" means lima"...ingat tak pancaindera. bukan suwatkabo yang hari ahad tu.

sedang dibaca oleh yang mengharapkan kebahagiaan. harap tu dengan usaha kak oi!

jadi dengan masa berbaki tu sebenarnya bukanlah...bukanlah ape?/
bukanlah boleh dibuang-buang sesuka hatimu shaaja
kerana waktu yang terbuang itu tidak buleh dikutip seperti sampah yang ko baru tohok atas mata tangga di soping kompleks
kerana waktu itu berterusan-terusan...dah tu, ada yang kata berputaran? jam ko yang berputar pehem?
no turning back you know, i know muhuahaha

kalau mengikut para ulama', andai kata jika jikalau boleh patah ke masa yang lalu, maka wajibul ghunnah untuk kita patah balik. tapi kita tidak ada teknologi seperti itu. ada apa dengan teklogi donk? kita tiada daya upaya pun. dan kita memang tak boleh macam twilight zone, time machine, doraemon yang gumuk comei atau yang sewaktu dengannya.

Oleh kerana Allah itu Maha Penyayang dan Pengasih, maka Dia bagi kita chance untuk bertaubat dan memperbaiki diri. Maka kerana itulah kita perlu menjadi pemaaf. aku maafkan ko, ko maafkan aku.

actually sebenarnya (penah dengar tak?) aku tengah tunggu viva. sense of urgency aku out. dan aku tengah figure out cemana nak fix. heheh. tau tak pe. patutnya aku dah berbuih prektis viva (sebut betul-betul "beiba"). tak payah tenok kertas dah. hapal sume slide2 tu. dah yang paling ponteng iya..itu...read your own thesis. because (pronounce as biskez) you just do your ghairting not gheding your thesis with critical eyes, ghait?

enough bebbling, so next week punya plan (kena letak 'punya' ke?) is, inshaAllah, read critically my own thesis. set time la beb. anytime means no time, kan.

hokey,

isnin yang mulia*mari kita berpuasa*

  1. setelkan pasal liberi. dia kata buku tu hilang. Mak aku tepon 2x....ke aku (bukan ke liberi ya) demi memastikan aku menyetelkannya. Sungguh, ai lebiu Mak. durasi:15-20 min
  2. intro paper etym. make sure siyap oke. aku gigit ko kalau tak siyap (oh my bahse) durasi: paling-paling sejam je aku boleh tahan
  3. membaca satu chapter dari chapter "happy at work". durasi: kachang (belagak tul...) 15min..baca ya bukan menghayati hahaha
  4. telepon KPT, apesal duit tak masuk lagi. sungguh, duit itu bukan tuhan. ini bergantung pada availability of pablikpon
eh, mana plan yang nak kena baca thesis ni? sabo2

selasa yang ceria
  1. selamat bertemu dengan anak murid2. kelas kul8. kul7 aku dah terpachak. tolak kul 6.15, pagi ya. alhamdulillah, dapat juga aku dengar tafsir al-Qur'an dari ustaz Zahazan. mp3 boleh donlod di IKIM, sekian makluman
  2. owh, aku ada seminar..post rio+20 for the whole day
eh, mana plan yang nak kena baca thesis ni? sabo2

rabu yang mengujakan
  1. potong kain untuk quilt ala lipeh
  2. eh..aku ada seminar la post rio+20 tu dua hari. masak. today, separa hari je. senang hati beta. 
  3. ha...yang diplan-plan sudah tiba...masanya unntukkk baca thesis...yeay (ceria haha gituw). sila baca dan amik notes.
khamis yang membahagiakan*jom kita pose*
  1. baca lagi secara kritis thesis tu. kalau boleh sebijik sebijan ko hapal. agak-agakla wei. yang penting, ko ingat flow dan isi kandungan yang ko tulis tu
  2. cari tips mengenai viva
  3. rehearse viva sampai nak muntah. kalau boleh depan cermin tapi jangan ralit picit idung lak (maaf itu hobi aku)
  4. siapkan part interpretation of result
jumaat yang berkat*jangan lupa baca surah al-Kahfi*
  1. hari cuti tak rasmi muhuahahah
  2. baca buku Prof al-Attas pasal "makna bahagia" 
ataupun plan yang lagi baik, iya...itu

BALIK UMAH,,,YEAH! 

hem dah kul1 PAGI, elokle amik2 air semayang, bebaca doa, mimpikan yang indah2, zzzz, dengan harapan dapat men'execute' apa yang diplan. kita merancang, Allah jua menentukan. tapi kalau ko plan dasat2, tapi ko usaha pun tak, tak payah nak buat2 pelik @_@ muhahaha jomlah berubah ke arah kebaikan (pesanan penaja untuk penaja)

doakan aku, kita dan mereka ya





No comments:

Post a Comment