Thursday, November 24, 2011

Update bulan November 2011

Dah lama saya tak buat masukan (entry) ke blog ini. Ada sawang? Belum kot. Sibuk ke buat-buat sibuk? Saya target nak siapkan first draft sebelum Awal Muharam 1433H ni berserta dengan notis 3 bulan (tajuk sekali).

Mampukah?

With Allah, everything is possible :)

Yang penting usaha ada. Ini dari maghrib tadi tah hape dibuatnya. Sibuk mengulit kucing. Tengok bola jap-jap. Makan banyak. Meraban cari cerita ISTAC, Prof al-Attas. Hem admire bukan main. Cuba tengok macamana dia belajar...Ada dia meraban (physically and virtually)? Beliau amat selective dan tidak terikut-ikut dengan tekanan = ada prinsip, contoh sekarang: Publish or perish. Suka hati je nak perishkan orang. Sabar ya sabar. Innallaha ma3ssabirin.

Sambil-sambil tangna mencapai al-Qur'an, mata aku sedang meneliti emel dari Pejabat NC, makluman mengenai ada beberapa jurnal yang page charge nya tidak ditanggung oleh universiti. Dalam hati terdetik, ada pulak polisi macam tu...Adi rasa gitu...Terbaca la pula penanda mukasurat al-Qur'an (sebelum ni memang tahu ada doa tapi tak baca pula; dalam erti kata setiap kali buka al-Qur'an dan baca).


Hem...aku pun bacalah doa tu.
Agak-agaknya,
Kalau dah begitu 'keadaan'nya,
Kira termasuk golongan teraniaya tak?
Doa orang teraniaya tiada hijab, kan?
Ini bukan sekadar emel yang dinyatakan di atas sahaja.

Ujian?
اَحَسِبَ النَّاسُ اَنۡ يُّتۡرَكُوۡۤا اَنۡ يَّقُوۡلُوۡۤا اٰمَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَـنُوۡنَ‏
al-Ankabut, 29: 2

Kalau betul, saya harap, saya tak sia-siakan doa itu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
Ihdinas siratal mustaqim


No comments:

Post a Comment