Tapi ada satu rasa lain kenapa aku rasa aku tak ingin beli. Tuhan gerak hati aku untuk check apa itu brown ale. Rasanya macam bunyi adik-beradik alkohol. Sebab dulu-dulu mana ada internet access maka yang rapat ialah kamus. Memanglah ale itu arak jenis beer. Dah tu rootbeer A&W itu hukumnya apa? Hahaha. Ko dah berpuluh gelas ko minum/togok. Raban la aeh...
Hari ini tergerak pulak hati aku nak cari pasal Brown ale ini. Memandangkan maklumat dalam bentuk visual, audio dan video dihujung jari, maka aku baru tahu Newcastle Brown Ale itu adalah jenama arak yang dikeluarkan oleh Heineken sejak 1927. Untuk maklumat lanjut bolehlah tengok-tengok di wikipedia dan laman yang sewaktu dengannya.
Nasib baik aku tak pakai weh. Yang kita tahu Carlberg sahaja. Maklumlah, kilangnya di Malaysia. Tapi ada juga saudara-saudara seIslam kita ini kurang sensitif dengan jenama/tulisan ini. Mungkin dalam pandangan mereka:
1. Pakai je kot, bukan minum pun.
2. I sukke sangat dengan kelab ni.
3. I sukke pakai jersi, semua jersi I ada oke.
Tahu kenapa pada jersi ada pelbagai jenama? Salah satu usaha promosi. Jika anda memakainya, secara tidak langsung anda mempromosinya. Kalau jenama Samsung, mungkin anda sedang mempromosi penggunaan barangan elektriknya, telefon bimbitnya dan sebagainya. Tapi kalau jenama arak? Sudah tentu promosi untuk diminum. Takkan pulak untuk hiasan. Hukum meminum arak kan haram, tak pasal-pasal pulak dapat saham arak.
Bukan setakat itu sahaja, kadang-kadang kita ini fanatik atau tak perasan (kurang sensitif) dengan lambang-lambang agama lain. Contohnya, bendera Britain, Switzerland yang ada tnada salib. Lepas itu, pakai la pulak di dada belah kiri (hati kitakan dibelah kiri).
Kalau macam ini tak kisahlah (dalam konteks yang berbeza mungkin ada orang kisah).
No comments:
Post a Comment