Monday, October 10, 2011

Insiden Lady Marmalade


Tadi aku berbuka sama Lady Marmalade a.k.a. La O'Ashley,
Pukul lima suku aku mesej,
Minta dia jemput aku pukul enam,
Enam petang.

Buka di Tesco dalam mesej aku,
Kerana aku ada barang yang aku mahu beli,
Maghrib awal,
Dalam kata lain,
Kau tolaklah sebelum pukul enam,
Enam petang.

Sudah enam lima minit,
Selalu aku tunggu dia telefon,
Kali ini kesabaran aku nipis sedikit,
Penat barangkali.

Dia jawab,
Dia akan bertolak sebaik,
Kelas Ana habis pukul enam,
Enam petang.

Jam tunjuk pukul enam dua puluh,
Dia telefon,
Ana bawa kereta rupanya,
Aku diam menahan amarah.

Reaksi apa mahu?
Sabar perlu diam,
Tarik nafas panjang-panjang,
Lepas biar lega.

Aku pilih untuk tidak terbakar,
Iya, Aku tidak terbakar,
Aku ke bilik yang berair,
Untuk padam-padam.

Lady Marmalade sampai,
Aku bagi ucap selamat,
Alas kandung itu pecah,
Pecah jua tapi cuba dikekang.

Lady Marmalade ingatkan aku,
Aku ini berpuasa,
Tahap sabar itu patut tinggi dan tebal,
Aku penat.

Apa-apa hal,
Aku ucap dalam hati,
Terima kasih,
Dan syukur.

Muka ketat,
Ingat senang nak sedekah senyum?
Ahh, aku akan cepat tua,
Jika begini.

Cepatlah padam api hati,
Aku sudah tidak tahan dengan asap hitammu,
Yang menjelagakan fikiran,
Membutakan apa yang ada.

O Allah,
Show us things as they are.

Qulna ya naru,
Kuni bardaw wasalaman,
Ala Ibrahim.

Lady Marmalade berusaha mengocak,
Jiwa kelatku,
Aku tukarkan dengan berlapang,
Menyambung rahim yang diuji.

Aku selidiki,
Lady Marmalade memang ada masalah,
Membaca, mendengar, menginterpretasi,
Adakah aku bebas dari itu?

Buat diriku,
Hal Lady Marmalade itu,
Aku sudah masak benar perangainya,
Yang ala bingailinglang.

Cuba kau tarik marahmu,
Pujuk dirimu,
Dengan, "Lain kali, jangan buat macam ni dah, faham?",
Maafkan aku Lady Marmalade.

Buat Lady Marmalade,
Boleh tak lain kali,
Jangan dilayan sangat bingailinglang kau itu?
Aku tau kau nampak comel dengan itu.

Buat pemberi mesej,
Tolonglah reti menggunakan,
Tanda baca yang betul.
Tolonglah wei...

No comments:

Post a Comment