pensil
contohnya |
buku khas
contohnyee |
recorder (kalau perlu sangatlah) aku punya sebijik yang warna merah. sangat berguna untuk merekod. pehtu ko dengar semula ke yang ko rekod tu? tengok keadaan hahaha
IC RECORDER SONY UX400F |
sebab?
taknak bawa pun tak pe, kalau boleh ingat segala mak nenek yang supervisor kita cakap tu. Maklumlah asal perkataan manusia kan 'lupa'.
Dah ko bawak mende yang aku sebut kat atas tu, jangan la pulak ko tak guna. Ada pensil simpan, ada buku tak bukak. Apa guna? Erti sesuatu pada penggunaan.
Kenapa aku tulis entri ni? Aku letak status aku serabut sikit dengan harapan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lagi baik dari hari ini.
Bukan apa, akhir-akhir 2 minggu ni aku kerap dikerah untuk berjumpa supervisor. Dulu pun aku jumpa, pastu lamaaaa tak jumpa. Tenggelam, timbul. Kadang-kadang stuck. Bila jumpa ada perkara yang dibincangkan. Masa jumpa waktu x, kata macam ni. Masa jumpa waktu y, kata macam ni. Setelah dianalisis, yang betul macam aku cakap mula-mula jumpa dulu. Ko tau berapa jauh tengka waktu x dan y? Hampir 2 tahun. Hoi, lama tu! Apa aku dah bazirkan dengan modal tak seberapa? Nastaghfirullah.
Maka dinasihatkan ko bawak benda-benda kat atas tu. Aku dulu jumpa sv aku bawak kertas. Kertas tau kertas! Kertas ni sekeping. Kalau simpan elok-elok takpe. Boleh ko tunjuk semula bukti yang sv ko cakap cenggini cenggitu.
Sekarang ni yang berlalu tetap berlalu. Ko yang baca ni, ambillah iktibar. Bukan apa, aku pun faham kepala dia pun serabut. Ya, perkataan hari ini, serabut.
Itu sahaja setakat ini. Banyak lagi. Tapi cukup lah untuk clear a little space in my mind bak kata orang putih
No comments:
Post a Comment