Kalau dedulu, korang pernah tak dengar cerita masuk peksa baling dadu? Aku pernah dengar tapi tak pernah buat. Sebab dadu kan ada 6 muka. Pilihan jawapan kan ada 4, cemana? Ko reti? Hahaha. Tu lah namanya membantai. Bantai time.
Sebenarnya cikgu-cikgu ko dah berbuih pesan macamana nak buat educated guess. Kalau nasib baik, wild guess pun boleh. Tekniknya macam biasa, ko buang apa yang tak relevan, strikethrough kan dia. Tinggalla 2 jawapan yang hampir sama. 50-50 ko rasa. Abih pikir dah ni. Adesss...Tulah Mak suh baca ko malas. Sekarang, taste your own medicine. Hahahahah..
Sebagai orang Islam yang cuba sedaya upaya untuk mempraktikkan Islam maka apabila kita tiba dipersimpangan jawapan hendaklah kita memohon kepada Allah setelah berusaha. Mudah cakap, ko kena usaha dulu, teka dan tawakal.
Dalam kes tembak-tembak a.k.a. bantai ni, aku ada dapat satu ayat al-Qur'an. Tak ingat sapa bagi. Anyway, terima kasih kepada yang berkongsi kepada aku tuh. Ayatnya ada dalam Surah al-Anfal, 8: 17:
Wa ma ramayta idh ramayta wa lakinnaLlaha rama
Maksudnya: Dan bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allah yang melempar.
Baca ayat tu betul-betul (tajwidnya), yakin pada Allah sahaja letak pen/pensil ko kat nombor soalan yang ko tak dapat sangat tu. Pandang arah lain (depan ke) atau pejam mata, angkat pen/pensil ikut berat ke mana pen/pensil tu. Tulah jawapannya,
Sesetengah orang, dia perginya test betul ke tak jawapan yang diacu dengan pen tu. Sekali-sekali tengok jawapannya salah. Haa ni nak bagitau, kalau cenggitu, secara gear automatik, ko tu tak yakin dengan Allah. Kan aku dah cakap, nak buat ni kena yakin. Understand?
Yelah, ni ikhtiar je. Ko tau asal perkataan ikhtiar tu dari perkataan khair (baik) dalam bahasa Arab? Haa maknanya kalau ko berikhtiar mestilah kepada mende-mende baik. Takdenya ikhtiar mende-mende tak baik.
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment