Thursday, March 3, 2011
Terima Kasih Cinta: Ulasan teater muzikal
1. Ini adalah kali pertama saya pergi teater. pardon moi. tak sangka kena nyanyi lagu negaraku. (bukan kat stage hehe)
2. Tak pernah tengok filem terima kasih cinta (ade ke?)
Maka saya belum dapat membanding dengan mana-mana teater. Perlu ke membanding? Ya dan tidak. Membanding haruslah dalam kelasnya. Apa guna membanding buah anggur dan kereta? heheh. Oleh kerana tak dapat membanding, maka saya menilai.
Dari segi:
music score: mangut. pemilihan lagu dari era 70an hingga kini. mostly 80an. ada lagu dari Allahyarham sudirman, noorkumalasari, aisyah, wings, Allahyarham p.ramlee, sheila majid, melly goeslow dan lain-lain. yelah, aku kan tak berapa dengar sangat lagu bebaru ni. kira boleh layan la. kat akhir tu aku tak tau lagu sape, lagu cerita ni kot. pengarah muzik ialah roslan aziz. kakak aku nampak dia blakang tabir dah kenal. dasat u...
sound system: mangut. tak pecah, standard IB la kot. aku dok paling depan. lagu akhir, nak pecah dada aku.
nyanyian: sume mangut. sebab kebanyakannya penyanyi aku tak berapa kenal sangat. yang aku kenal latif ibrahim je haha. power jugek sore dia. yang ada safura, diddy, vince, aku ingatkan abby upenye deja moss, tony eusoff (maaf dia bukan Islam ya, tapi dia sebut inshaAllah,,lancor je mulut dia, semoga diberi hidayah kpd kita), norish karman, shajiry (suara sedap seswai untuk iklan, siyes wei), farahdhiya
punctuality: tak punctual. dekat kul 9pm (8.30pm patutnye) baru nak setat. apo ni. wayang tak pe dar...aku lak restless kalo dok confinement gitu. abih kul 11.30 rasanye. ada break 15 min. boleh la kitorang g semayang isyak.
face expression: mangut. sebab tu nenek dok dekat-dekat supaya senang tenok muka korang hahaha. kalo aku berlakon gadow2 (scene deja moss ngan anding) sah aku dah gelak. yang aku tenok pandai berlakon farah dhiya, sharifah aleya (haha lawak dia)
costumes: panggil costume ke? ala-ala 80an. ala ko ingat tak video clip sheila majid dedolu pesen-pesen gitu la. sesak aku nengoknya. ade yang baju rebeh bahu la. macik tak suke tao. ala-ala gothic pun ade. ape nak jadi daa...lemas macik. oleh kerana ada 5 cerita maka setiap pasangan cinta itu dibezakan dengan warna baju hijau, kuning, pink, oren dan biru. pelatar-pelatar (props manusia) first half putih, second half hitam, tu yang nampak gothic.
props: props ke panggil? tah. pardon moi. ada 3 white steelframes yang boleh tolaktarik dua tingkat. maka aku tak berapa nampak sangat ape mende kat atas tu sbb duk depang sangat kang.
cinta1: latif ibrahim, safura, diddy - biru -
cinta2: tony eusoff, norish karman, anak dia - oren
cinta3: deja moss, anding - kuning
cinta4: shajiry, farahdhiya - pink
cinta5: vince, ariyana - hijau
hubungan mereka:
tony, deja dan shajiry kawan masa universiti. ariyana keje partime ngan safura. latif ibrahim schizophrenia, diddy cucunya. farahdhiya keje kat bookstore aleya. vince tolong ariyana cari khalif (pakwe ariyana).
Komen saya:
dalam cerita ni ada sedih dan gumbira. aku benarnya suka happy ending. tp yang ni campo2 ending. layan jelah. mak aku cakap, loh jiwangnya g tenok cite ni. 3 dikategori bahagia dan the rest kategori tak bahagia. tp bahagia tu kan di mana-mana. kalau dicari. tp kalau ada depan mata, tp tak nampak, payah jugek. semoga dijauhkan.
cinta1: cikgu ilyas (latif ibrahim) ni nyanyuk, asik nak g kedai chong aje bela jam. padahal kedai tu dah tukar jadi kedai makan rubiah (safura). satu hari cikgu lias ni hilang. mencari bagai nak rak. akhirnya amin (diddy) ambil keputusan untuk menghantar atuknya ke JB, umah mak ngah haha sebab tadek orang nak jaga. last sekali rubiah menyampaikan maksudnya untuk menjaga cikgu lias. ahhem. time-time tu jugek, cikgu lias boleh panggil nama cucunya; amin. kalau tak tu asik amat aje (amat adalah ayah amin). tapi masa kat memula tu, amat ada apa? (masa rubiah ingat yang amin tu amat) ke aku yang salah hehe
cinta2: haris (tony) sayang hek kat istieri dia airin (norish) tapi sokmonya tadek kat umah. dia kekununnya nak wat surprise kat airin, bok g makan dan nak tunjuk model umah. kat dinner tu airin cakap "i'm seeing someone". bah, berderau darah! "i'm in love with someone else". bah, boleh pingsan! haha. curang la maknanya kan? cheating. berdoser (sebut: berdozer) tau. nauzubillah. yang pompan ni pong satu hal. pape hal bawak la berbincang dulu. suka hati je nak bercurang2. bukannye laki ko tu g berjoli/bersakan dgn pompan len. yang si haris ni pong satu hal, ko ingat buat umah besar2, cantik2 isteri ko suke ke? dia nak ko ade kat umah daa..itu pong tak paham? baik ko buat sculpture diri ko, letakkat umah. haha. sibbeik, ada anak dia, compensate the situation. bukan main lagi aku tengok budak ni menari. bebudak umpama kain kanvas, kita la yang mencorakkan mereka.
cinta3: kakak dia ni marah kat adik dia ni. babel sangat gaknya. dah cakap banyak kali tapi tak pernah dengar. yang si adik tu pom, yang ko tak keje tu nape? kalau ye suke melukis, go professional la wei. kakak ko boleh support. dalam citer tu anding tu suka melukis kat jalan tapi abok pun tarak menunjukkan dia melukis. terkinja2 ada la. haha.. melukis la tu kot hahhaha. yang kakak dia ni, adik dia melukis tepi jalan ko nak malu buek apo? sapo tau tu adik ekau? biaq pi la dia nak cari kerja halal. HALAL ya. yelah, jadi kakak weh, tugas dan tanggungjawab, kena la protective. nanti papehal, sape nak jawab? mereka dan keluarga mereka jugek. dah gadow2 tu, tetibe si anding tu sakit yg aku sendrii tak reti nak sebut. mudah faham, sakit buah pinggang. kalau dah kinja cenggitu, mana tak sakit pinggang weh. maka nak cari la donor. ape la doktor cakap belit2, cakap jelah yang kakak tu seswei jadi donor. maka si kakak nya jadi donor, tp tak kasi tau si adik. elok la tu. masa si adik sakit, dia tak btau dah 3 tahun sakit gitu. yelah, ada lah hikmahnye. si kakaknye hanya mintak dua sahaabt baiknye untuk bagi surat untuk adiknya in case apa2 terjadi. kullu zaiqatul maut. tak tau sebab apa kakaknya meninggalkannya buat sementara untuk berpindah alam ke alam yang lebih abadi. tapi tetiba kakak dia ada semula...idup semula? ececeh tadek la, si kakak tu muncul untuk penutup hahaha
cinta4: si shajiry (tak ingat nama ape) ni playboy tetiba tersuka la pulak kat azura (farahdhiya). aku ingat ada lagu azura (jamal abdillah). si azura ni komen majalah milik syarikat shajiry ni cam tak beh. gadoh mulut berdua ni. sampai campo tangan oleh cik patty? (aleya) haha. suka la pulak. mula2 jumpe je dah ajak dinner sama. tp dua2 malo2 kucim. si azura ni, buat keje pom dah tak betul. maka diberilah cuti untuk menenagkan pikiran. si shajiry telepong, tak angkat, g kedai tanye cik patty, maka cik patty suh shajiry kasi diskon untuk sume majalah milik serikat beliau (shajiry). yelah2, cinto punyo pasal. jadik! diberilah platform mana, naik ketapi kot. platform 3quarter hahaha. upenya si azura nak jadi witch ganti hermione haha tu aku tambah je
cinta5: si ariayana ni mencari kakaseynya iaitu khalif. dari JB ke KL. ditipu oleh teman skeerja kahlif, kata kalif tadek kat situ. pastu sedey2. lalu ditego oleh taufiq. taufiq ni berkenan lak. cam mr bean pun ade. dia keje kat sinar harian. maka, ariyana minta tolong taufiq untuk menyiarkan iklan mencari seseorang. oleh kerana kegigihan ariyana itu maka ada la dapat respon. pastu aku miss bila masa ariyana g kinik. (aku tak tido pong). tetiba tuan doktor ucap tahniah je kat taufiq. aish. ni jadi lain macam. aku tak suke tul. buat malu orang Islam ajae. ampeh. tulah jangan percaya kat lelaki. terkujat si taufiq. maka, ariyana pun rasa cam macam2. dia pong kemas2 barang dia. lah lupa nak cakap, masa mula2 jumpa si taufiq ni ajak ariyana tompang dok umah taufiq. tanpa teragak2 dia on je. ceh, no wonder. janganlah kita buat begitu. taufiq tu lelaki, ariyana tu pompan. apa hukumnya duk serumah? adus...akhirnya si taufiq dapat juga menyatakan isi hatinya kpd aru=iyana kat platform. ariyana pom nak jadi witch cam azura hahaha idak le...
kelima2 cinta di atas intertwine among them.
kesimpulannya
LIFE IS ABOUT FINDING BALANCE. TO FIND BALANCE ONE MUST KNOW THE PIVOT and YOU SHALL FIND THE PIVOT IN GOD (ALLAH). Faham tak? kes2 di atas terjadi (unfavourable) disebabkan tadek balance dalam hidup. ovkos la kita percaya itu adalah qada' dan qadar dan cobaan. kau hilang kompas dalam hutan, tau? dah la tak tau nak gunakan matahari dan bintang as guidance. tau? kau hilang arah, tau? sarkis kau tau? orang yang balance diri dia atas tali guna galah. ko hilang balance, kau berdebuk hahaha. kau berdebuk kat dunia tak pe, berdebuk kat titian sirat? nerako. nauzubillah.
beberapa cinta yang dimention:
1. cinta suami-isteri
2. cinta anak-parents
3. cinta adik-beradik
4. cinta sahabat
5. cinta janda-duda
6. cinta atuk-cucu
7. cinta rang muda yang ingin mencari cinta sejati
8. cinta terlarang - airin
9. cinta kasihan - ariyana, gaknye
10. cinta pandang pertama - taufiq, shajiry
11. cinta yang tak dirai - dian(deja moss) dinner sesorang
ada 1 lagi cinta dia tak mention, ( yelah husnuzan, crite ni cinta sesama manusia je.) iaitu cinta kepada Tuhan; Allah. itu yang agung. ini behind all sebanarnya. terima kasih cinta, shukur pada Allah
patut tengok? boleh la labu. enjoy juga. ada lawak2 ko blh gelak. aku tak sedih sangat pom. kalo mata ko power beli tiket rm30 pun dah memadai
aku bagi 2 bintam dari 5
p/s sian all the casts lambai2 masa last tapi aku pusing belakang tadek orang nak lambai. last skali aku pom lambai la 2-3 waves. misti diorang rasa cam tak sporting je audience ni hehe. yelah time kasih kat ande sume kerana bersusah payah bekerja. letih jugek keje cam diorang ni. time kasih kita kepada diri sendiri krn berjaya mengabihkan $ hahaha
Lihat maksud cinta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment