Sunday, December 12, 2010

Melihat Saya menerusi Awak



Hari ini saya pandang mata awak,
Dalam-dalam,
Lama-lama,
Macam saya baru jumpa awak.

Saya nak simpan arca awak,
Dalam hati saya,
Lama-lama,
Dalam-dalam,
Kemas-kemas,
Tanpa lupa sikit pun.

Tiba-tiba saya sayu,
Sayu sunguh-sunguh.

Saya tak boleh berkelip,
Nanti kolam yang bertakung tu pecah,
Dan saya tak mampu nak tahan.

Biar saya telan rasa tu,
Supaya saya ingat,
Lama-lama,
Dalam-dalam.

No comments:

Post a Comment