Assalamualaikum wbt,
Mih mih mih....kata nak nuleh tiap2 bulan, nampok gayenye tiap2 bulan tak menuleh. ampeh bete...
Ok lah, kali ni aku nak update pasal g Manila. Ya, Manila, Filipina. Dulu belajo je pasei pilipina, ni kita dah pegi. Alhamdulillah.
Tarikh: 15-18 Dis 2014
KUL-MNL 1145-1620
MNL-KUL 1620-2005
3jam 45min
Pengenalan
Manyak orang skeptik bila kabo nak g Manila. cisciscis. Apemende ada kat Manila ni? Moneyla? Aku pun tak tau sangat. Yang aku tau pasal Manila ialah Rizal. Rizal? Ya, Rizal. Kalau tak tau g google. Ctrl+T sekarang. hihihi sebenonya aku pun tak berapa tau mihmihmih.
Aku pernah ada penpal dari Filipina. Apa nama dia? Leah.....Leah Espiritu. Aku kenal kat chat room. kuikuikui. kantoi di situ. Dulu aku agak rajin juga berchatting-metting (bukan meeting ya). Lama-kelamaan, aku menjadi insoff. Lalu aku tinggalkan perbuat yang agak membuang masa itu. Masa chatting tu, kitorang tukar2 emel address dan address umah.
Dedolu, zaman-zaman internet merupakan satu kewewahan (kemewahan), maka surat berkertaslah menjadi pilihan untuk berutusan. Cheh, chatting boleh plak hakhakakaka. Chatting ayatnya pendek2, ape ko nak cakap? Senang tulih surat, lama sikit boleh pikir. Maklumlah, bahasa komunikasi ialah Bahasa Inggeris. Manalah aku reti sangat. Jadi aku sempat la belajo beberapa frasa bahasa Tagalog ni. Nak nak pulak masa tu tengah hot cerita Pangako Sayo tapi aku tak berapa layan cerita ni. Kekawan aku lahhhh....mihmihmih.
Bila aku dah masuk universiti, aku lost contact ngan dia. Aku pun tak ingat, aku yang tak reply ke dia yang tak reply. Nak trace balik sesurat lama, aku baru je buang 2013 lepas masa nak pindah rumah. Sebabnya aku rasa dah berzaman aku menyimpan surat2 tuh. Aku ni suka simpan barang. Tapi lepas 2013, aku cam vow dah taknak simpan bebarang lama so antik gituwwww. Tapi ada juga yang simpan. Dari 3kotak besar aku jadikan 1 kotak kecik. 1/9. Haaaaa, sungguh itulah pembuangan terbesar hahaha.
Eh ni nak cerita apa? Jap aku sambung sikit. Seingat aku, alamat dia Sta Mesa. Dengan kecanggihan google map, aku pun mengemap dan menggoogle selepas membuang semua surat2 dari penpals....Tara.....Sta Mesa ni, ialah tempat P.O. Box gitu. Dah tu, alamat yang si Leah bagi tu bukan la alamat rumah dia? I was perplexed.
Ok sekarang masuk la journey kita ke Manila. Ibukota bagi Filipina. Ayooo so textbook. Eloklah disebut di sini, tujuan pergi ke Manila tu untuk membentang kertas. Hahaha setakat bentang kertas, kat bilik aku boleh buat. ko nak kertas A4 kaler ape? hahahahaha. Tak lawak okkay. Bentang kertas sempena 6th SEAAN. Plan asal nak bawak MakAyah Adik aku, pastu tiket mahal nak m****s RM1619/person return ticket. Beli a week before the conference. Tak beli awal sebab, acceptance letter lambat + Philippines was forecasted (erm ada ke perkataan ni?) hit by Hagupit/Ruby typhoon. 3 weeks before, the ticket was like RM400/person return ticket. Ko tengok how Airasia (AA) tripled it. Ayyoh, never travel during school holiday + public holiday (Christmas). Kalau dah rege cenggitu (RM1619), ingat nak amik MAS, rege lebih kurang je. Ada makanan. Ceh ko makan ke doe? tak jadi amik MAS sebab bila nak proceed untuk payment (rege yang murah sikit dari Airasia), timed out, siap call 2-3x. Bengam la member sebab ada seat kosong banyak. Dah 2x jadi gitu, amik AA. Esoknya, MAS hantar emel suh proceed bayaran semalam. Aku cakap cemana la MAS ni ....udah2 tukar CEO tu kepada orang tempatan. Fullstop.
La tak masuk lagi.....masih kat Malaysia hahahah. Sayang weh nak tinggalkan Malaysia ni....oooo sayang upenya hihihi. Oh ya, naik kat klia2 ya, dah tak naik kat LCCT dah. mihimihi. Aku sebenarnya kompius, naik kat mana, maklumlah bese naik bas je hikhikhik. klia2 is way much much better than LCCT. Bersyukur.
klia2 |
klia2 |
nampak tak pulau2? |
pulau2 |
isilah arrival card ini |
ke laut sungguh cerita ni
okeh,,,ni je dulu. kalau rajin aku sambung hahahaha
cadangan kepada blogspot. letak la function emoticon. ke ada? aku yang tak tau? hahahaha
fafai
assalamualaikum
No comments:
Post a Comment