Thursday, October 18, 2012

garam dalam gelas dan garam dalam telaga

salin dan tampal


Cerita KJ pada aku ;)

Pada suatu hari seorang tok guru yang sedang mengajar anak muridnya dalam kuliah pagi terlihat seorang muridnya murung dan sedih. Lantas selesai sahaja kuliah, dia terus memanggil anak muridnya itu dan bertanyakan masalah yang dihadapinya. Anak muridnya bercerita sebab kenapa dia berasa sangat sedih dan murung sekali. Lalu tok guru tadi meminta segelas air dan segenggam garam dari pembantunya dan dia memasukkan segenggam garam tadi kedalam segelas air, dan meminta anak muridnya minum. Dia bertanya kepada anak muridnya itu, apakah rasanya. Anak muridnya menjawab, terlalu masin sehingga tak tertelan air itu. Lantas tok guru mengajak pula anak muridnya pergi ke sebuah telaga yang berhampiran, dan ditaburkannya segenggam garam kedalam telaga tersebut. lalu diceduknya air telaga tersebut dan diberi minum kepada anak muridnya, anak muridnya minum dengan puas. Dia bertanya apakah rasanya? Anak muridnya menjawab air ini tiada rasa masin dan menghilangkan dahaga. Kemudian tok guru itu pun menasihati anak muridnya, wahai anakku, begitulah dengan kehidupan didunia ini. Sekiranya kita tidak membuka dan melapangkan dada dan fikiran kita dan menerima yang kesemua yang berlaku didunia ini adalah ketentuan dan kehendak Allah, kita akan merasa seperti garam yang dimasukkan kedalam segelas air tadi. cukup pahit untuk ditelan. Tapi jika kita bersabar, lapangkan dada seluasnya-luasnya, luaskan fikiran, sentiasa ingat akan nikmat-nikmat dan ketentuan Allah, kita akan merasa seperti segenggam garam dimasukkan kedalam perigi tadi. InsyaAllah.
p/s; Terima kasih Dr Zuki sebab sudi kongsi cerita ini dengan saya.  Menitis air mata bila baca cerita ni.

No comments:

Post a Comment