Wednesday, November 3, 2010

Hachiko: A Dog's Story: Ulasan Filem



Filem ini adalah adaptasi dari sebuah kisah benar dari Jepun. Pelakon utama ialah anjing; Hachi dan Richard Gere (Parker Wilson) sebagai tuan Hachi. Wilson ialah seorang pensyarah (this is the reason why my friend beria-ria nak tengok, ostensibly), pensyarah muzik. Ingat senang jadi pensyarah muzik? Teaching is never easy.

Suatu malam, pulang dari mengajar, Wilson terserempak dengan anjing ini. Yelah, dalam perspektif anjing, anjing lah yang jumpa master dia. Orang pernah cakap pet macam kucing dan anjing ini yang memilih tuan dia. Ada kebenaran? Disputable. Lalu si Prof Wilson ini mengambil anjing tersebut dengan kasey sayam.

Yang sebenarnya, sebelum si Hachi ini dijumpai oleh Prof tu, dia sebenarnya dari Jepun. Siap naik flight gitu. Sapa bagi makan tak tau. Tau-tau ada kat Rhode Island. Dalam takdir perjalanan Hachi ini, tag pada kurungan itu terterik (terterik berbeza dengan tertarik)(oh tertarik it’s a pun). Kurungan Hachi ini terjatuh dan membuatkan pintunya kobak/kebak. Atas usaha Hachi, dapat dia meloloskan diri. Kemudian sambung baca perenggan kat atas ini ==^

Prof ini cuba minta tukang jaga keretapi (stesen masta) jaga tapi tak mboh dia. Terpaksalah Prof ini membawa balik anjing kecil ini. Kesian la pula agaknya. Yang saya suka, tak banyak kereta pun. Prof ini travel ke kolej dia naik tren. Dari rumah, jalan kaki. Waaah, saya suka. Aman je bandar tu. Dengan seperlahan yang mungkin, Prof ini menempatkan anjing kecil itu di bilik bacaan (adeh saya suka lagi). Rupa-rupanya, isteri Prof tak berapa suka dengan kehadiran anjing itu dan telah meminta suaminya menghantar anjing tersebut ke tempat yang seswai, pound lah.

Esoknya, si Prof ini pergilah mencari pound, tampal iklan dan sebagainya. Selepas itu, Prof ni bawa anjing ni jumpa kawan Jepun. Ek eh, rantai anjing tu tulis “Hachi” macam good fortune gituw. Dah bawa balik rumah, si Prof ni slip up la pulak dengan terpanggil nama anjing tu. Isteri dia marah lah. Haish, ini kalau dah bagi nama, nak tinggal lama lah ni.

Hari demi hari, walaupun isteri tak bagi si Prof ni berjaya mengekalkan si Hachi ini di rumah itu (walaupun duduk di bangsal). Satu hari, si Prof ni ajaklah si anjing kecil Hachi ni catch and fetch. Tak mau dia; si Hachi tu. Last-last si Prof tu yang buat-buat gaya mengajar Hachi macamana nak ambil bola tu. Sambil-sambil Prof tu main dengan Hachi, ada la pula orang call tanya pasal anjing tu. Si isteri, sambil menjawab dan melihat kemesraan Prof dan Hachi, tak jadi la nak bagi si Hachi tu ke orang. Punyalah lembut hati perempuan. Cayor.


Tup-tup si Hachi dah besar gedabak. Nak ikut tuan dia ni pergi kerja. Nak mengajar ke Hachi oi? Tulah binatang. Ikut la sampai ke stesen. Terkujat tuan dia. Poh, poh pergi balik. Takmo balik dia. Haish, sampai terlambatlah si Prof ni pergi kerja. Takpe, tak payah clock in, yang penting kerja siap ~dush. Selepas hari itu, setiap harilah si Hachi ini menghantar dan menjemput tuannya pulang. Sharp pukul 5 si Hachi dah tercegat dekat stesen tu. Sampaikan orang yang jual hotdog, stesen masta, pekedai buku tu pun dah kenal. Terharu seyh.

Hinggalah satu hari, si Prof ni turun dari tren. Tengok-tengok si Hachi ni tadek. “Hachi”, berulang-ulang dipanggil nama anjing yang setia itu. Mana pula Hachi ini. Yelah, what you expect, binatang. Dalam perjalanan pulang ke rumah, si Prof ini singgah ke tempat kerja isterinya. Oh isterinya seorang kurator. Lalu si Prof ini bertanya kepada isterinya, “Ada tak Nampak Hachi?”. “Takde pulak, last sekali saya tengok pagi tadi”, jawab Cate. “o ye ke?”. “a’ah”.

Balik ke rumah, si Prof memanggil si Hachi. Mana la pulak dia pergi, takkan pergi disko dut dut. Carilah hingga ke bangsal. Jumpa Hachi. Thank God. Rupanya ada seekor skunk kat situ. Itu yang membuatkan dia tak jemput tuan dia. Cheh, Hachi ni. Lawak tul. Si Prof ni pun cubalah menghalau skunk dengan menyungkupkan skunk dengan kotak dan buat gesture kepada Hachi “it’s safe, lari ke sini”. Tetapi oleh kerana ruang untuk Hachi bergerak ke arah yang selamat amat sempit. Lalu tertolak si Prof dan terbuka kotak yang disungkup dan mereka berdua skunked.

Cate pulang dan melihat baju merata-rata hingga ke upstair + bau busuk. Apekehei ni? Cate buka aje pintu bilik ayo dan nampak suaminya dan Hachi mandi bersama. No affair. Malam itu, Prof dan Hachi kena tidur di reading room dek busuk lohoknya.

Hari hari berlalu seperti biasa sehinggalah pada suatu hari Hachi tidak mahu menghantar tuannya ke stesen. “Hachi, jom”. Takmo juga. “jom Hachi”. Takmo juga. Hachi berkelakuan aneh. Auk auk dan pusing ke belakang. “tanak ikut, tinggei”, kata si Prof. Hari itu si Prof pergi kerja tanpa ditemani Hachi. Rasa sunyi, kan? Saspen aje. Tarik nafas.

Ketika hampir ke stesen, semua orang yang mengenali Prof dan Hachi merasa pelik kerana Hachi tidak bersama. Mana Hachi ni getus hati mereka. Tak lama kemudian, ada kelibat Hachi. Hah, lega sikit. Ingatkan ke mana.

‘Master, Hachi bawa bola.’
‘ Hachi nak main dengan master.’
‘ Hachi nak main dengan master.’
‘Master, tengok Hachi dah pandai main catch and fetch.’
‘Master, master jangan pergi kerja hari ini, please’, kata Hachi. Hachi masih lagi membuat gerakan undurbelakang semula.
“Oh, Hachi dah pandai main catch and fetch. Unbeliveable”
“This is the first time he plays catch and fetch. Real”, kata Prof kepada stesen masta. “Iya, sungguh ni”, sambung Prof meyakinkan stesen masta sambil menuju ke tren.
Hachi bagi bola ke tuan. “Owh, Hachi nak Tuan simpan ya? OK, OK Tuan simpan ya…de de de”. “Hachi gi balik nuh”.

Sampai di kolej, Prof memberi syarahan. Santai. Saya sukka. Prof bersyarah tentang recording – gramophone – Edison’s invention – live performance. Hingga pada satu ketika dia beralih tempat ke sebelah pelajarnya. Ehek…semua pelajar gelak. Ingat show ape? Ehek..cuba bangun, rebah dan bola terlepas dari tangan.

Tepat pukul 5 petang seperti biasa, Hachi tunggu dan terus menunggu kehadiran tuannya. Tak juga tiba. Agak malam, anak si Prof, Andy (Sarah Roemer) datang bersama suami Michael (Robbie Collier Sublett) untuk mengambil Hachi dari stesen.

Esoknya, Andy datang ke bangsal dengan pakaian hitam. Tahulah kita bahawa Prof itu sudah mati. Tak taulah Hachi tau ke tak. Sedeyh, kan? Apakan daya tengok di wayang, kalau kat rumah sah berkotak-kotak tisu (exaggerate mode).

Belum habis lagi. Sebenarnya tiap-tiap hari si Hachi ni dok menunggu tuannya. Sampailah satu ketika, mereka ni nak pindah ke rumah Andy (tak berapa jauh dari situ agaknye). Nak jual rumah tu. Adeh, tak jual dah aku. Hachi ni tiap-tiap hari attempt untuk escape. Pantang lepa. Satu hari, Andy cakap kepada Hachi. “Saya pun rindu juga, tapi kalau nak pergi, pergilah, takpe”. Andy pun buka pintu pagar. Pergilah Hachi ke stesen itu.
Kehadiran Hachi disedari oleh stesen masta. Sampaikan stesen masta kata “Oklah Hachi, you do what you have to do”. Kebajikan Hachi dijaga oleh Jagjeet (penjual hotdog), stesen masta dan orang sekeliling yang turun naik tren. Sampaikan masuk surat khabar si Hachi ni. Ada orang bagi duit pulak. Rezeki. Kalau binatang pun Allah bagi rezeki, apatah lagi anak Adam. Don’t worry. Am I a cornucopian? Da da~

Hachi terus menunggu dan menunggu selama 10 tahun (dalam filem nilah) sebab Prof tu mati 1998. Scene Cate pergi ke kubur 2008. Kalau tak silap lah. Dalam cerita sebenar 9 tahun. Oh Tuhan kaya.
Scene yang agak last menunjukkan Hachi nampak master dia keluar dari stesen macam hari-hari biasa dan berkata  ‘Jom Hachi…’
~ The End ~

Hachi[ko] ialah nama bagi seekor anijng, jenis Akita Inu. Inu pula bermaksud anjing dalam bahasa Jepun. Ko? Maksudnya duke. Tak bercadang pun nak tengok filem ini. Impulse, atas ajakan kawan yang sedang tensen (apa dia ingat tengok wayang boleh release tensen ke?) Saya pun menurut sahaja, layan zass. Tengok di GSC International Screen. Biasanya, filem International Screen di sini, ok ok aje. Kebanyakannya bukan kategori komersil yang nak kaut duit banyak.

Mula-mula dihidangkan dengan soundtrack yang agak bagus (tengah nak cari-cari tempat duduk). Eh rasa macam familiar pulak soundtrack begini. Dah hagak dah. Jan AP Kaczmarek. Saya suka :) . Dia compose untuk soundtrack Evening (pun International Screen). Suka suka suka (ala Upin Ipin ya). 

Lihat contoh Tuhan tunjukkan untuk manusia. Setiap kejadian yang Tuhan jadikan tidak sia-sia. Bagaimana setianya sang anjing itu. Pilu hati menengok Hachi menunggu tuannya. Sob..sob..sob… Manusia pun jarang sesetia itu. Itu yang manusia buat ada tahun Anjing, Arnab dan sebagainya. Comel anjing tu memang comel tapi untuk orang Islam, sudah digariskan hukumnya haram kerana ianya najis mughallazah. Namun ada perbahasan tertentu. Untuk mengetahui secara lanjut boleh google it.

Bintang: 4/5
Moving? Yes, it does
Boleh leleh? Yes, I did. 


Saya teringat kucing saya…sob..sob…she always send me off to school/mana-mana..sob..sob…I remember tenaciously while I’m pacing from commuter station to my home, she friskily jemputing me. She’s no longer jemputing me because Allah loves her so much. She left us in her virginity during last year Ramadhan while we worried much about her (risau tak makan raya-raya ni). Rupanya dia takmo kitorang risau but she left me sobbing all the way going back my hometown. Then I declare to myself (eceh), I never want to have any cat (uh I’m crying, cannot help). She’s the first and last. But still feed other kucing, Mak kata nanti kucing tu doakan kita. Kucing reti bahasa, manusia je kadang-kadang tak reti bahasa. Why I miss her so much? Bekez dia tak berak rata-rata, playful, colour dia rare (like Russian Blue or Korats bred), tak banyak cakap and if she wants to come in, she knocks. She has a sister a lot like her (bulu), only her sis’ face a bit roundish. Hers is like Anne Hathaway. She also left a niece (daughter of her sis). A lot like her in bab-bab jemputing.
Hachi yang sebenar
Hachi's statute at Shibuya Station









Saya rasa macam pernah dengar cerita ini tapi tak ingat kat mana. Oprah kot? Hmm, lupa daaa...

p/s thanks to my friend for share some thoughts


1 comment:

  1. huhu, sedey bace n terkenang cite ni...hachiko...ingt le lps tension tgk cte ni tp meleleh ple...tension ngn markah student huhu..

    i will but the cd...i willl....

    it's really show undying love...how I wish I can have that character...

    terkenang kan gege, yg selalu anta g keje, blk menunggu..sob3x

    terkenangkan gege yang akan tggu, nak nek kete every time aku g keje, tunggu n berlari dia nmpk kete aku...huhu...

    this film is the best film so far I ever watch this year...

    ReplyDelete