Saturday, October 2, 2010

Kematian itu pasti

Semalam merayau-rayau di FB saya terjumpa beberapa kawan lama dari sekolah rendah yang mana akan membawa kepada beberapa kawan yang lain. Antaranya, kawan saya yang mempunyai adik kembar suatu masa dahulu. Adik kembarnya telah kehilangan kembarnya sewaktu mereka di darjah enam atau lima yang mana kami tua setahun (kalau tak silap saya) akibat demam denggi. Pada saat mendengar berita kematian itu, saya amat terkejut (apa sangat pandangan alam budak darjah enam atau tingkatan satu). Terkejut bukan tidak pernah mendengar sebegitu kerana saya acap kali mendengar berita sebegitu bagi kana-kanak atau bayi kecil. Ini membuatkan saya tersentak. Pada fikiran saya, baby kecil memanglah tidak dapat menjaga diri. Dengan kenyataan ini jelaslah difikiran saya betapa rapuhnya hidup manusia kerana saya menimbangkan usia kembar tersebut sebagai usia yang mampu menjaga diri. Tuhan, sesungguhnya aku lemah. Menjaga diri bukan satu kriteria yang membolehkan kita lari dari kematian. Sesudah itu saya memikirkan betapa berkuasanya Tuhan. Yang pasti tentang ajal ia tidak dicepatkan dan tidak dilewatkan. Ya Allah, mati kami dengan timing yang betul. Timing yang betul? Iaitu dengan husnul khatimah wa la su’ul khatimah.

Perkataan paling kerap: yang mana

No comments:

Post a Comment