Saturday, October 2, 2010

Eat Pray Love: Ulasan filem


Filem ini adalah adaptasi sebuah memoir Elizabeth Gilbert (Julia Roberts) yang mencari-cari erti dan dirinya sendiri. Dalam pencarian tersebut membawa dia ke Itali, India dan Bali respectively dengan tajuk. Ia bermula setelah tiada persefahaman dengan suaminya (Billy Crudup). Dalam cerita ini, kita akan dapat lihat sifat mementingkan diri oleh Liz (kerana tiada context yang khusus bagi scene Liz dan Stephen) kemuncak yang membawa kepada perceraian ialah Liz mahu ke Aruba dan suaminya mahu menyambung pelajaran. Suami bukannya pergi mencurangkan diri, kan? Sementara proses perceraian, Liz telah mempunyai hubungan yang memang tidak manis dengan seorang pelakon pentas; David (James Franco). Dari lelaki itulah Liz menghargai konsep ketuhanan (yang tidak benar). Lihat betapa pincangnya manusia tanpa agama tetapi bila manusia beragama pincang, lihat pada manusia bukan pada agama. Namun lelaki ini seperti tidak bertanggungjawab. Ini menguatkan Liz tekad untuk pergi ke Itali walaupun telah dirasionalkan oleh sahabatnya; Delia (Viola Davis) (Liz dah ada plan sebelum ini).

Sampai di Itali, dia berkenalan dengan seorang wanita dari Sweden yang turut memperkenalkannya kepada pengajar bahasa yang mana secara tidak langsung memperkenalkannya kepada budaya Itali. Di situlah dia mengetahui hakikat bahawa orang Amerika hanya tahu hiburan bukan kepuasan. Ayat yang penting tetapi membawa kehancuran jika diamalkan selalu; dolce far niente (sweet doing nothing). Di Itali dia lebih banyak membenarkan dirinya makan sepuas hati. Adegan spageti dan pizza membuat saya kecur air liur.

Kemudian setelah hari Thanksgiving, dia berangkat ke India mencari ashram. Dia mencari guru yang dikatakan oleh lelaki aktor itu dan telah diberitahu guru tersebut telah pergi ke New York. Di situ, dia telah ditemukan dengan seorang lelaki yang menjengkelkan pada mulanya; Richard (Richard Jenkins). Memaafkan diri merupakan proses meditasi dan mengeluarkan diri dari kepompong lama dalam usaha mengubah diri. Dia cuba memaafkan dirinya sendiri selepas lelaki yang memanggilnya Groceries (sebab mengambil terlalu banyak makanan di hari-hari pertama) menceritakan kisahnya sadisnya yang ditinggalkan isteri dan anak (why bother? Awak selalu tinggalkan mereka. Tapi lelaki ini sudah insaf).

Lama kemudian, dia meneruskan perjalanannya ke Bali. Kenapa Bali? Semasa membuat penyelidikan, lama sebelum dia ke Itali dan bercerai, dia telah pergi menemui Ketut Liyer seorang yang ala-ala bomoh. Ketut telah menilik nasibnya dan memberitahu Liz akan kembali semula ke Bali. Apa yang kelakar, Ketut memanggilnya Alligator. Suatu hari dia berbasikal dan tereksiden lah pulak dan membawa perkenalannya dengan Wayan tukang urut/tukang ubat. Bukan dia eksiden dengan Wayan tapi dengan seorang duda Brazil yang bernama Felipe (Javier Bardem). Masa berlalu, Felipe yakin dengan apa yang dia percaya bahawa dirinya mencintai Liz. Liz keliru dan ragu-ragu untuk membuka pintu hatinya. Setahun, sudah sampai masanya untuk Liz pulang ke New York. Dia bertemu Ketut dan Ketut menanyakan beberapa soalan yang membawa suatu kepastian dalam diri Liz. Salah satu persoalan yang telah dipastikan ialah adakah dia mencintai Felipe. Untuk itu, dia telah mencari Felipe yang menyatakan yang pasti tentang itu. Habis.

Perempuan dalam cerita ini dilihat sebagai pentingkan diri sendiri tapi sebab Julia Robert yang melakonkannya tadek la nampak sangat, kan? Oh, bias. Julia Robert sentiasa charming.

Agama itu penting. Mencari diri mestilah melalui agama. Ini kerana unsur dalam manusia terbahagi kepada dua; jasad dan rohani. Santapan jasad, makanan seperti pizza dan sebagainya. Santapan rohani, ibadat khusus, bertafakur.

Aspek zina jelas kelihatan di mana-mana filem. Wa la taqrabuzzina. Saya cukup tak berkenan dan marah sekaligus apabila ada penonton yang bertepuk tangan untuk scenes seperti ini (ada seorang for this movie). In the darkness, I managed to identify, it’s not Muslim (thank God). Inilah perosak agama, bangsa dan negara. Regardless agama apa-apa pun. Apa nak buat kalau ada scene atau pre-scene macam ini? Close your eyes (both ya) atau palingkan muka to other side in order to show your disapproval.

Saya baca review sebelum opt to watch this movie. Don’t expect to much dan anda tidak berada dalam kekecewaan yang amat sangat. Fun movie, ada falsafah tetapi tidak terlalu sarat. Cinematography yang not bad, so-so. Ada satu quote saya nak kongsi, ruin is the road to transformation. Adakalanya ada benarnya but do we really need to ruin first? Ini akan membawa kepada perbincangan yang lain. Jikalah eat pray love itu dianggap sebagai satu turutan, maka salahlah urutan tersebut.

2.5/5 bintang


No comments:

Post a Comment