Monday, May 24, 2010

Selamat pagi!!!


Selamat pagi dalam Bahasa Melayu. Selamat tu maksudnya sejahtera, dari perkataan salam. Pagi? Pagi lah kot. Macamana orang zaman dulu, nak bagitau kat kawan dia yang sekarang ni pagi dan guna perkataan pagi? Hahaha. Terbayang lak orang duk rumah batu.

Hari ni saya bangun pagi (eceh). Bagi orang Islam, memang wajib bangun pagi, untuk sembahyang Subuh lah. Kalau terlajak subuh, ada lak istilah subuh gajah. Apa kes nak libatkan gajah? Saje je kan..cari something to blame. Tak senonoh tul manusia ni.

Berpagi-pagi memang bagus. Kalau buat. Kalau tak buat? Tak bagus lah. Logik senang. Nabi pun pesan suh berpagi-pagi. Berpagi-pagi maksudnya, buat kerja pagi-pagi, tak tidur pagi-pagi, buat kerja bermanfaat pagi-pagi. Soalan untuk diri ini, sekarang ni tengah buat kerja berfaedah ke? Hehehe. BOleh dikira begitu.

Kenapa kita perlu berpagi-pagi? Untuk cari rezeki lah. Tak kisah lah dalam bentuk apa. Alah, samalah kalau kita g beli ikan kat pasar. Ikan pagi-pagi kan elok sikit berbanding waktu lewat. Camtulah perumpamaannya.

Yelah kadang-kadang kita tahu bahawa bangun pagi itu penting, tapi kenapa lah badan ni liat semacam aje?

No comments:

Post a Comment