Sunday, September 25, 2011

Ajarkan aku Tuhan

Baiklah, saya ubah fikiran. Saya tidak mahu menulis secara terperinci tentang apa yang berlaku. Cukuplah dengan saya menyimpulkan bahawa:

1.       Mungkin saya bersalah kerana mengeluarkan soalan berbau provokasi walaupun niat saya hanya sekadar bertanya. Ampuni aku Ya Allah.
2.       Logic hujah yang salah akan membawa kepada salahfaham. Kegagalan untuk memahami dan mengklasifikasi hujah membawa kepada kesimpulan yang menyeleweng. Walaupun kita tahu logic adalah alat tidak membawa kepada kebenaran mutlak.
3.       Saya dapat tahu mengapa pengguna sanggup berbelanja lebih untuk sesuatu tanpa perlu ada kriteria yang perlu dipenuhi iaitu minat. Point penting, seolah-olah, jika diberi hujah ‘minat’, bermakna si penanya perlu meletakkan titik noktah perbincangan.
4.       Secara induktif, masyarakat awam hanya memahami kelestarian itu tidak ada kena mengena secara langsung dengan pemilihan barang. Dalam erti kata yang lain, masyarakat awam tidak mampu memberi korelasi antara kelestarian dan pemilihan barang.
5.       Motivasi diri sebagai penyelidik, walaupun respondant memberi timbal balas negative. Ia merupakan pahit manis untuk bergelar penyelidik. Kalau tidak mahu dilanda ombak, jangan berubah ditepi laut.
6.       Pengalaman yang dikira pahit ini dikira tidak seberapa dengan pengalaman yang dilalui oleh Nabi Muhammad saw ketika berdakwah kepada penduduk Ta’if. Walaupun secara langsung saya bukan berdakwah tetapi dalam hati kecil saya berniat untuk berkongsi ilmu yang saya tahu sedikit. Ini kerana tiga kriteria di atas boleh diaplikasi di ruang yang lain.
7.       Saya juga bersedia jika perkongsian ilmu ini ditolak kerana yang penting saya sudah menyampaikannya. Saya boleh bawa kuda ke gigi air tetapi saya tidak mampu membuatnya minum air tersebut.
8.       Di masa akan datang, saya perlu bijak mengenalpasti dan mengendali situasi agar tidak terjadi lagi perkara sebegini. Mahu melakukan yang sunat (berkongsi ilmu), terlakukan yang haram (berkelahi).
9.       Mengambil teladan Nabi Muhammad saw, saya berdoa, jika dia tidak dapat menerima apa yang saya perkatakan ini pada hari ini, semoga dia dapat menghadamnya pada kemudian hari, inshaAllah.
10.   Saya bermohon ampun pada Allah atas segala dosa yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan.

Dan saya tidak akan berputus asa. Surah Yusuf, 12: 87

 وَلَا تَاْيۡـَٔسُواْ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ‌ۖ إِنَّهُ ۥ لَا يَاْيۡـَٔسُ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ 

                Post-half-rational-half-emotional:
          1. Jauhkan diri dari topik-topik yang boleh diduga perjalanannya (akhiran tidak elok).
          2. Jikalau, saya dibangkitkan (provoke), apa yang perlu dilakukan ialah SENYUM, tak perlu kata apa-apa. Sebab? Tuhan itu tahu segala. Dalam soal ini, bukan penting menentukan siapa salah dan betul. Saya juga terdedah dengan kesilapan. To err is human.
         3. Yang saya bimbang, apabila dia mengatakan saya tidak boleh mengatakan dia membazir. Secara tidak langsung ini membawa erti saya tidak boleh menegur. Anda rasa ada kaitan dengan boso (bodoh sombong)?
 
            
         Mengaplikasikan kriteria sejagat (yang diselisihkan itu):

         1. Mahu: Mahu marah, mahu sedih
         2. Perlu: Tak perlu marah sebab mungkin dia tidak tahu. Apa guna marah sama orang tidak tahu? Tak perlu sedih kerana (Surah al-Zalzalah, 99: 7-8)
فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ Marah kerana kejadian itu berlaku? Siapa yang izinkan perkara itu berlaku? Maka redhalah.
         3. Mampu: Tak mampu marah sebab untuk saya membuat sehelai bulu mata pun tidak mampu, apatah lagi marah. Mampu sedih tetapi memilih untuk tidak sedih. Sedih membuatkan badan menjadi lemah, akal beku, dada membungkam, tindakan cacar. Mengapa mengorbankan jiwa, fizikal, mental untuk sesuatu yang tidak perlu?
     
        Keputusannya:
     
     Tak perlu marah dan bersedih tetapi perlu ada:
   
         1. Sabar - supaya tidak membuat keputusan terburu-buru. Terburu-buru itu dari shaitan. Apa yang baik tentang shaitan?
         2. Shukur - masih lagi dikurniakan akal yang waras. Masih lagi mendoakan yang baik-baik. Masih lagi dapat melihat hikmahnya. Masih lagi dapat redha dengan kejadian yang berlaku. Masih lagi bernyawa. Kalau Tuhan tarik waktu itu? Na'udhubillah. Jemput aku dalam keadaan terbaik ya Allah.

Maka, berlapang hatilah dan senyum yang paling manis saya pernah lakukan :)


           

           p/s saya rasa doa saya terjawab. Saya baru terjumpa artikel ini. Sangat sesuai untuk saya. Alhamdulillah!
http://www.productivemuslim.com/top-tips-to-dish-out-and-deal-with-criticism/... ruang untuk saya berubah lebih baik terbuka luas!

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ



        


No comments:

Post a Comment