Nafsu membuatkan saya rasa mengantuk yak amat. Maka, apa yang saya perlu buat ialah:
1. Mandi
2. Gerak-gerak badan - exercise lah tu -- iyyah! iyyah! tumbuk rasa mengantuk tu
3. Baca al-Qur'an
4. Kemas rumah, lekakan diri dengan perkara yang boleh memenuhi diri
Apa yang penting, saya kena ingat langkah-langkah di atas dan berusaha sekuatnya untuk melawan rasa mengantuk itu.
Maka perlu tahu apa langkah yang membawa kepada tidur lepas subuh
1. Akal yang telah diselaputi nafsu berkata: "Baringlah kejap, kang bangunlah"
2. Perbuatan baring adalah permulaan fizikal untuk tidur lepas subuh
3. Maka tidur lah dia hingga Matahari dah tinggi dilangit.
Berdasarkan isi di atas, yang saya perlu lakukan ialah
1. Abaikan nasihat akal yang negatif - bismillahi Allahu akbar!
2. Jangan baring. Jangan tergoda dengan ajakan (1) baringlah, lurus-lurus tulang belakang (2) baringlah, jap lagi bangun. Cari kerja lain dalam keadaan mengantuk. Menyanyi jika perlu walaupun kelihatan seperti orang mabuk (it works for me). Be gagah. Yeah!
Diri ini perlu sedar apa yang diri ini miss kalau tidur lepas subuh
1. Rezeki
2. Keberkatan
3. Waktu yang produktif
4. Mood yang mempengaruhi sepanjang hari
Hem, kadang-kadang kita tahu semua trick di atas tapi kita kalah juga. Mungkin kerana menangnya MALAS dan tiada KEKUATAN (KEBERANIAN). Ini juga bentuk lain nafsu, saya kira.
Tak berani kerana bimbang. Bimbang tak cukup tidur. Ingat wahai diri, cukup ke tidak bukan pada kuantiti tapi pada kualiti. Dan yang paling penting sekali kita perlu bersandarkan pada Allah. Semuanya dari Dia. La hawla wa la quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim.
Malas? Sergah diri jika perlu.
Selamat bermujahadah!
الْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ
"Orang yang berjihad ialah yang berjuang menentang kehendak dirinya (nafsu yang buruk)." (At-Tirmizi, 1621)
No comments:
Post a Comment