Thursday, November 11, 2010

Soliloquy to God



Soliloquy to God
Aku takkan berputus asa padaMu,
Ya Allah,
Tak akan dan tak mungkin,
Insha Allah,
 
Ujian apa yang menimpa kepada diriku,
Doaku selalu,
Mogaku tabah,
Kerana Kau ada disebalik kejadian,
 
Tuhanku tempatku mencurah perasaan,
Kerana Dia yang Maha Mendengar,
Tuhanku tempatku meminta pertolongan,
Kerana Dia yang Maha Penyayang,
 
Dengan nama Dia aku mengenali erti kasih sayang,
Dengan RahmatNya aku menyelami erti hidup,

Tuhanku,
Hidupku tak lama,
Namun ketahuilah wahai diriku,
Yang diriku ini sedang menuju kehidupan yang kekal abadi,
Ia umpama ilusi,
Tetapi ia benar sekali,

Memupuk cinta kepada Tuhan,
Tanpa riak-riak escapism,
Sedang aku usahakan,

Manalah tahu,
Yang dikatakan cinta escapism kepada Tuhan,
Menyuluh jalan kebenaran,

Aku kembara sepi,
Sedang meniti hari ke perhitungan,
Wahai Tuhan yang menenangkan jiwa,
Tenangkanlah aku dalam rangkulan pelukanMu,
Kerana itu yang aku mahu,

Tuhan,
Sungguh,
Tenangkanlah jiwaku,
Tenangkanlah jiwaku.

 
1846                     111110                    1856

No comments:

Post a Comment